Hyundai Lancar Showroom di Petaling Jaya Dengan Kerjasama Palm Motorpada 3 April 2026
Showroom baharu Hyundai di Petaling Jaya kini rasmi dibuka apabila Hyundai Motor Malaysia (HMY) bersama rakan pengedar Palm Motor Sdn Bhd melancarkan pusat jualan terbaharu mereka.
Pembukaan ini menandakan satu lagi langkah penting dalam usaha HMY mengembangkan rangkaian pengedar nasionalnya, sekali gus memperkukuhkan komitmen jenama Korea Selatan ini untuk membawa pengalaman smart premium lebih dekat kepada pengguna di seluruh Malaysia.
Showroom 4,200 Kaki Persegi Di Jantung Petaling Jaya
Terletak di Lot 23-A & 25, Jalan Kemajuan, Seksyen 13, Petaling Jaya, showroom seluas 4,200 kaki persegi ini direka bentuk dalam suasana moden dan selesa bagi membolehkan pelanggan menerokai barisan penuh model Hyundai, termasuk SANTA FE, TUCSON dan STARIA dalam persekitaran yang premium.
Kakitangan Hyundai yang terlatih ditempatkan di sini secara tetap bagi memberikan penjelasan produk yang profesional, khidmat nasihat dan sokongan jualan kepada setiap pelanggan.
Presiden Hyundai Motor Malaysia, Encik Eric Lee menegaskan kepentingan pembukaan ini dalam konteks pelan pengembangan rangkaian yang lebih besar.

“Pembukaan Hyundai Petaling Jaya menandakan satu pencapaian penting bagi pengembangan rangkaian kami memandangkan kami menyasarkan 25 outlet di seluruh negara menjelang penghujung 2026. Matlamat kami adalah untuk berkhidmat kepada pelanggan di Malaysia dengan kebolehcapaian yang lebih baik, pengalaman yang lebih baik dan nilai yang bermakna, didorong oleh janji kami — Sentiasa di sisi anda,” katanya.
Palm Motor: Dua Dekad Bersama Hyundai
Bagi Palm Motor Sdn Bhd, pembukaan showroom di Petaling Jaya ini bukan sekadar menambah satu lokasi baharu,tetapi juga merupakan kesinambungan sebuah perjalanan yang bermula sejak 2002 apabila syarikat ini mula menyertai rangkaian pengedar Hyundai.
Selama lebih dua dekad, Palm Motor telah membina reputasi kukuh dalam aspek kepercayaan pelanggan dan kecemerlangan operasi.
Pengurus Utama Palm Motor Sdn Bhd, Cedric Choo berkongsi pandangannya mengenai signifikansi pembukaan ini kepada komuniti Petaling Jaya.
“Pembukaan showroom Hyundai baharu di PJ ini adalah satu pencapaian penting bagi kami dan Hyundai. Melalui Palm Motor, Hyundai membuat comeback ke PJ dengan tujuan membawa jenama Hyundai lebih dekat kepada anda dan berkhidmat kepada anda dengan lebih baik daripada sebelumnya. Ini termasuk memperkenalkan barisan kenderaan Hyundai terbaharu — SANTA FE, TUCSON dan STARIA — serta lebih banyak lagi akan menyusul — kepada memberikan pengalaman pelanggan end-to-end yang cemerlang, daripada pembelian kenderaan yang bebas risau hingga perkhidmatan dan sokongan pelanggan yang boleh dipercayai,” katanya.

Penyerahan Pertama: Hyundai TUCSON 1.6T HEV
Palm Motor turut meraikan penyerahan pertama sebuah Hyundai TUCSON 1.6T HEV kepada pelanggannya sempena acara pelancaran itu. Hyundai TUCSON merupakan model terlaris global jenama ini dengan lebih 10 juta unit terjual di seluruh dunia sejak 2004.
Direka untuk peminat rekaan futuristik, TUCSON hadir dengan gril bergaya 3D parametric dan permukaan jewel-like yang membuatnya tampil istimewa di atas jalan raya, dikuasakan oleh enjin hibrid Smartstream 1.6T-GDi.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?