Bercuti ke luar negara seperti Jepun, Korea Selatan, atau Eropah memang menyeronokkan. Tapi, buat pelancong Muslim dari Malaysia, ada satu cabaran besar yang terpaksa dihadapi setiap hari, nak makan apa hari ni?
Masuk sahaja ke kedai serbaneka atau pasar raya, mulalah kita memikir sambil berdiri di depan rak makanan. Nak beli roti atau snek, tapi tak faham senarai bahan (ingredients) sebab ditulis dalam bahasa asing. Kalau salah langkah, terbeli pula produk yang ada campuran lard (lemak babi), gelatin yang diragui, atau alkohol (mirin).
Di sini kami telah kumpulkan top 5 aplikasi wajib install sebelum anda terbang ke luar negara!
1. Halal Navi

Jika destinasi anda adalah negara Asia Timur seperti Jepun, Korea, atau Taiwan, Halal Navi adalah aplikasi wajib ada dalam telefon anda.
Aplikasi ini dipacu oleh komuniti pengguna. Ia akan menyenaraikan restoran halal, mesra Muslim, malah restoran yang menyediakan menu vegan/seafood.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh baca review jujur daripada pelancong Muslim lain. Mereka akan beritahu sama ada restoran tersebut ada sijil halal rasmi, atau sekadar ‘Pork-Free/Alcohol-Free’. Aplikasi ini juga tunjukkan lokasi masjid terdekat.

Aplikasi Scan Halal sangat membantu apabila anda nak beli makanan di kedai serbaneka dan di mesin layan diri.
Cara penggunaannya mudah, anda perlu buka aplikasi ini, dan imbas kod bar pada produk makanan tersebut.
Yang paling menarik, pangkalan datanya sangat besar untuk produk dari Amerika Utara dan Eropah. Ia akan memaparkan warna hijau (Halal), merah (Haram/Mengandungi Babi/Alkohol), atau kuning (Mushbooh/Meragukan).

Ini adalah salah satu aplikasi direktori makanan halal yang paling lama dan paling komprehensif di dunia. Sesuai jika anda melancong ke negara-negara Barat seperti UK, Eropah, atau Amerika Syarikat.
Aplikasi ini berfungsi untuk anda cari restoran halal dan pasar daging halal (butcher) di seluruh dunia.
Sama seperti Halal Navi, Zabihah mengumpulkan data restoran halal tulen dari pelbagai negara, lengkap dengan waktu operasi, nombor telefon, dan rating pengguna.

Ini platform paling underrated. Sebenarnya, ciri ‘Camera/Lens’ dalam aplikasi ini sangat berguna untuk membaca senarai bahan pada pembungkusan makanan.
Buka ciri kamera, halakan pada teks bahasa asing (contoh: tulisan Jepun, Korea, atau Jerman), dan ia akan terjemah ke Bahasa Inggeris secara live di atas skrin anda.
Anda boleh cari terus perkataan-perkataan pantang seperti Shortening, Gelatin, Lard, Emulsifier, Wine, atau Mirin.
Tip extra: Muat turun bahasa negara yang anda lawati terlebih dahulu supaya ia boleh digunakan secara offline tanpa internet!

Aplikasi ini dibangunkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), yang membolehkan anda menyemak status halal produk, restoran, dan pusat sembelihan yang mendapat pengiktirafan rasmi daripada JAKIM, serta Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM di seluruh dunia (termasuk di Jepun, Korea, Australia, dan Eropah).
Boleh dikatakan, aplikasi ini paling gempak berbanding yang lain!
Anda boleh terus mengimbas kod bar produk atau mencari nama produk/premis secara manual. Paling melegakan, pangkalan datanya adalah 100% sahih dan diyakini kerana ia dipautkan terus kepada sistem autoriti halal kerajaan kita sendiri. Tak ada lagi isu was-was untuk pelancong Muslim, terutamanya pelancong dari Malaysia.
Kalau anda mahu lebih banyak tips travel yang menarik, jangan lupa follow @terpalingtravel di TikTok!
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?