NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

XPENG X9 Baharu Dilancarkan Di Malaysia – Cas 10-80% Dalam 12 Minit, Harga Bermula RM279,888

XPENG X9 Baharu Dilancarkan Di Malaysia – Cas 10-80% Dalam 12 Minit, Harga Bermula RM279,888

Bermaz Xpeng Sdn Bhd hari ini secara rasmi melancarkan XPENG X9 baharu untuk pasaran Malaysia, sebuah MPV elektrik premium tujuh tempat duduk yang tampil dengan pelbagai penambahbaikan dari aspek keselesaan, teknologi serta prestasi pengecasan.

Ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard Range, Long Range dan AWD Performance, model flagship jenama China itu dijual pada harga bermula RM279,888 bagi varian asas sehingga RM333,888 untuk versi paling berkuasa.

Dari segi penampilan, XPENG X9 masih mengekalkan reka bentuk futuristik yang menjadi identitinya menerusi bahasa rekaan “Robot Face”, namun kini hadir dengan beberapa peningkatan termasuk pintu hadapan soft-close elektrik yang memberikan pengalaman lebih premium kepada pemilik.

Ruang Kabin

Masuk ke ruang kabin, antara pembaharuan utama termasuk paparan Head-Up Display bersaiz 21 inci, sistem audio X-Opera 27 pembesar suara, stereng ultra-fiber baharu serta pilihan warna dalaman Rose Brown yang diperkenalkan buat pertama kali.

Bagi keluarga, XPENG turut menambah baik aspek praktikaliti menerusi tempat duduk baris kedua 40:60 split-fold, pemanas tempat duduk baris ketiga serta peti sejuk pintar belakang yang dilengkapi fungsi child-lock.

Battery Dan Jarak

Dari sudut kuasa, varian Standard Range menggunakan bateri LFP 94.8 kWh yang menawarkan jarak pemanduan sehingga 535 km (WLTP), manakala varian Long Range dan AWD Performance menerima bateri NCM 110 kWh dengan jarak sehingga 615 km dan 580 km.

Menariknya, ketiga-tiga varian menggunakan seni bina 800V SiC bersama teknologi pengecasan 5C yang membolehkan bateri dicas dari 10 hingga 80 peratus dalam masa hanya 12 minit.

XPENG turut melengkapkan X9 dengan cip Turing AI generasi baharu yang menawarkan sehingga 750 TOPS kuasa pemprosesan bagi menyokong sistem bantuan pemandu XPILOT Assist. Antara ciri yang disediakan termasuk adaptive cruise control, lane centering, lane change assist, parkir automatik, remote parking dan fungsi summon.

Dari aspek keselamatan, MPV elektrik ini dilengkapi sembilan beg udara, kamera 360 darjah, transparent chassis view serta pelbagai sistem bantuan pemandu aktif termasuk amaran titik buta, pencegahan pelanggaran dan bantuan kekal lorong.

XPENG X9 baharu kini dibuka untuk tempahan di seluruh negara dengan harga berikut:

• X9 FWD Standard Range – RM279,888
• X9 FWD Long Range – RM297,888
• X9 AWD Performance – RM333,888

Setiap pembelian didatangkan dengan jaminan kenderaan selama lima tahun atau 120,000 km, servis percuma lima tahun atau 100,000 km serta jaminan bateri voltan tinggi selama lapan tahun atau 160,000 km.

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    2.5 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD