NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

OMODA | JAECOO Perkukuh Khidmat Aftersale Menerusi Pertandingan Kemahiran Teknikal 2026

OMODA | JAECOO Perkukuh Khidmat Aftersale Menerusi Pertandingan Kemahiran Teknikal 2026

KUALA LUMPUR, 11 Oktober 2026 — OMODA | JAECOO Malaysia terus memperkukuhkan perkhidmatan selepas jualannya menerusi OMODA | JAECOO Technical Skills Competition 2026, satu inisiatif yang memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran teknikal dalam rangkaian servisnya di seluruh negara.

Pertandingan ini diwujudkan bagi memperkukuh pengetahuan teknikal, keupayaan diagnostik serta kemahiran pembaikan dalam kalangan juruteknik, selari dengan perkembangan teknologi kenderaan yang semakin kompleks.

Pada masa sama, inisiatif ini turut memberi penekanan kepada aspek keselamatan dan standard kualiti perkhidmatan, bagi memastikan pelanggan mendapat sokongan selepas jualan yang lebih baik sepanjang tempoh pemilikan.

Uji Kemahiran Teknikal Secara Teori Dan Praktikal

Pertandingan bertemakan “Sharpening Skills, Shaping Futures” ini menghimpunkan juruteknik daripada rangkaian pusat servis OMODA | JAECOO di seluruh Malaysia.

Peserta dinilai menerusi penilaian teori dan praktikal, dengan pertandingan tersebut turut menjadi platform untuk mengenal pasti bakat teknikal yang cemerlang serta menggalakkan pembangunan profesional secara berterusan.

Menurut Ketua OMODA | JAECOO Malaysia, Chris Tan, kepuasan pelanggan menjadi antara keutamaan utama jenama tersebut dan pengalaman pemilikan tidak berakhir selepas pelanggan membawa pulang kenderaan dari bilik pameran.

Sebaliknya, pengalaman tersebut turut bergantung kepada setiap interaksi pelanggan dengan pasukan selepas jualan, termasuk tahap pengetahuan dan keupayaan teknikal mereka.

Rangkaian Selepas Jualan Kini Cecah 56 Outlet

Usaha memperkukuh kemahiran teknikal ini hadir ketika rangkaian pengedar OMODA | JAECOO terus berkembang di Malaysia.

Setakat ini, rangkaian pengedar nasional OMODA | JAECOO merangkumi 56 outlet yang menawarkan sokongan jualan dan selepas jualan di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, 24 outlet berada di kawasan Central, 11 di Selatan, 11 di Utara, dua di Pantai Timur dan tujuh di Malaysia Timur.

Dengan rangkaian yang semakin meluas, pembangunan tenaga teknikal menjadi salah satu aspek penting bagi memastikan tahap sokongan selepas jualan dapat berkembang seiring dengan pertambahan pelanggan dan kenderaan di jalan raya.

Menerusi Technical Skills Competition 2026, OMODA | JAECOO Malaysia menyatakan komitmennya untuk terus meningkatkan kecemerlangan teknikal, kualiti perkhidmatan dan pengalaman pemilikan yang lebih berorientasikan pelanggan.

Gallery

Aisyah Rafiza

Aisyah Rafiza adalah jambatan korporat utama NAZZ&CO™ Media. Sebagai Eksekutif Perhubungan Awam (PR) & Penganalisis Strategik, beliau menguruskan hubungan klien berprofil tinggi serta unjuran strategik bagi memastikan setiap visi syarikat disampaikan dengan integriti dan kejelasan mutlak kepada pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy