Cuti Merdeka dah dekat, cuti sekolah pun menyusul. Kalau korang nak balik kampung atau road trip jauh, tolong pastikan baki kad cukup bila dah masuk highway. Ini panduan ringkas tentang jenis sistem tol dan cara pembayaran yang ada di Malaysia.
Tahun ini, Hari Kebangsaan jatuh pada Isnin, 31 Ogos 2026, manakala cuti penggal kedua sekolah pula bermula sekitar 28 Ogos hingga 6 September. Maksudnya, memang ada kemungkinan jumlah kenderaan di lebuh raya akan meningkat.
Sebelum gerak, selain check minyak, tayar dan keadaan kereta, satu lagi benda yang ramai ambil mudah ialah cara nak bayar tol.
Touch ’n Go? RFID? SmartTAG? Kad debit? Atau sekarang katanya dah boleh scan nombor plat? Tapi semua tol boleh ke?
Seperti yang kita maklum, di Malaysia ada pelbagai cara pembayaran tol, tapi apa bezanya?


Gambar daripada Malaysiakini
Yang paling familiar.
Pengguna hanya perlu menyentuh kad Touch ’n Go pada reader di lorong tol dan bayaran akan ditolak daripada baki kad.
Walaupun semakin banyak sistem baharu diperkenalkan, Touch ’n Go masih menjadi antara kaedah utama pembayaran tol dan diterima di plaza tol PLUS.
Kelebihan:
Tapi: jangan tunggu dah sampai plaza tol baru nak check baki.

Gambar daripada Paultan

Kalau korang masih menggunakan SmartTAG, sistem ini menggunakan device yang diletakkan di dalam kenderaan untuk ‘communicate’ dengan sistem tol.
Tak perlu turunkan tingkap dan sentuh kad secara manual.
Peranti SmartTAG akan membaca kad Touch ’n Go yang dimasukkan ke dalamnya dan transaksi dibuat secara automatik.
Kelebihan:
Cuma, sama macam TNG, kena pastikan kad dalam SmartTAG mempunyai baki yang mencukupi.

Gambar daripada Soya Cincau

Gambar daripada NST
Ini antara sistem yang semakin biasa kita nampak.
RFID menggunakan pelekat khas yang dipasang pada kenderaan. Apabila kereta melalui lorong RFID, sistem akan mengesan pelekat tersebut dan membuat bayaran secara automatik.
Tak perlu berhenti untuk keluarkan kad.
Kelebihan:
Tetapi ada satu perkara yang perlu diingat:
RFID bukan bermaksud semua lorong tol boleh digunakan. Hanya boleh menggunakan lorong yang menyokong RFID.

Gambar daripada Kosmo

Tak ada RFID? Tak ada SmartTAG? Tak ada masalah!
Sesetengah plaza tol pula menggunakan Open Payment System, yang membolehkan pengguna membayar menggunakan kad debit atau kredit yang support touchless payment. Sama macam payment parking dalam pusat beli belah.
Namun, kaedah ini hanya boleh digunakan di plaza dan lorong yang ada pilihan pembayaran terbuka. Di papan tanda ada pilihan untuk membayar tol menggunakan Visa atau Mastercard.
Jadi jangan assume semua plaza tol boleh terus tap kad bank.

Ini mungkin sistem yang paling menarik perhatian pengguna sekarang.
ANPR atau Automatic Number Plate Recognition menggunakan kamera untuk mengenal pasti nombor pendaftaran kenderaan.
Melalui platform JustGO, pengguna boleh mendaftarkan kenderaan dan memautkan kad debit atau kredit kepada akaun mereka.
Kemudian, apabila melalui plaza tol yang menyokong ANPR, kamera akan membaca nombor plat kenderaan dan transaksi tol diproses secara digital.
Maksudnya?
Tak perlu sentuh kad.
Tak perlu SmartTAG.
Tak perlu pelekat RFID.
Kereta lalu, kamera baca nombor plat, sistem uruskan pembayaran.
PLUS mula menguji sistem ANPR ini sebagai sebahagian daripada langkah ke arah sistem Multi-Lane Free Flow (MLFF), iaitu konsep pembayaran tol tanpa perlu bergantung kepada lorong tol tradisional.
Belum.
Ini perkara yang paling penting untuk pengguna tahu sebelum download JustGO dan terus expect semua plaza tol boleh scan nombor plat.
Pelaksanaan ANPR/JustGO masih dibuat secara berperingkat.
Fasa awal melibatkan plaza-plaza di kawasan utara, sebelum PLUS mengembangkan sistem tersebut ke wilayah selatan pada Julai 2026.
Wilayah Utara
Fasa awal ini melibatkan ujian ANPR di kawasan utara sebelum sistem diperluaskan.
Wilayah Selatan: mulai 15 Julai 2026
PLUS mengumumkan enam plaza ini sebagai peluasan JustGO di wilayah selatan, membolehkan pengguna berdaftar menggunakan mana-mana lorong di plaza berkenaan tanpa perlu memilih lorong berdasarkan kaedah pembayaran.
Jadi, kalau korang nak road trip Merdeka menggunakan ANPR, check dahulu sama ada plaza yang korang lalui sudah menyokong JustGO.
Jangan tunggu dah dekat palang tol baru nak test. 😭
Sebelum masuk highway nanti, buat quick check:
1. Semak baki tol
Jangan tunggu sampai plaza baru tahu baki tak cukup.
2. Pastikan kaedah pembayaran aktif
RFID, SmartTAG atau JustGO — pastikan semuanya berfungsi.
3. Check laluan
Jangan assume semua plaza menyokong kaedah pembayaran yang sama.
4. Simpan backup
Kad Touch ’n Go masih berguna sebagai backup walaupun korang lebih selesa menggunakan RFID atau ANPR.
5. Check kereta sebelum gerak
Tayar, minyak/bateri, coolant, brake dan keadaan kereta secara keseluruhan. Tol bukan satu-satunya benda yang boleh spoil road trip.
Daripada perlu berhenti dan sentuh kad, kemudian beralih kepada SmartTAG dan RFID, kini pengguna mula diperkenalkan kepada sistem yang lebih automatik melalui ANPR. Teknologi ini bukan sekadar tentang “tak perlu bayar guna kad”.
Ia merupakan sebahagian daripada usaha menuju pengalaman lebuh raya yang lebih lancar dan akhirnya sistem Multi-Lane Free Flow, di mana kenderaan boleh melalui laluan tanpa perlu bergantung kepada palang tol dan lorong pembayaran tradisional.
Cuma buat masa ini, proses tersebut masih dalam fasa peluasan.
Jadi untuk road trip Merdeka nanti, kenal pasti dulu sistem yang digunakan di laluan korang.
Sebab benda paling last sekali kita nak berlaku masa highway tengah sesak ialah…
“Eh, sini boleh bayar macam mana?”
Happy Merdeka, drive safe dan jangan lupa, sampai destinasi itu lebih penting daripada sampai cepat.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?