NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Isuzu D-MAX 3.0L (X-Terrain) Bukan lagi D-Max yang Anda Kenali

Isuzu D-MAX  3.0L (X-Terrain) Bukan lagi D-Max yang Anda Kenali

Antara karakter Hero dan penyelamat dalam Banjir baru-baru ni adalah wajah-wajah 4×4 dan pickup truck. Dan D-MAX adalah salah satu yang selalu kita perasan dalam gambar-gambar bencana tempoh hari.

So hari ni saya nak cerita tentang antara salah satu model pickup truck ‘feveret’, Isuzu D-MAX, dan ini bukan D-MAX versi biasa, tapi ini adalah ‘all-new generation’, semua benda di dalamnya adalah totally baru.

Hinggakan pada awal saya terima kunci model ni, saya terkejut seolah-olah tak percaya, betul ke ini adalah D-MAX yang dulu kita kenali? Isuzu telah berjaya mengubah D-MAX kali ni daripada sebuah pickup truck yang ‘Kasar’, kepada sebuah truck ‘Kasar + Premium + Sporty’..
Dapat banyangkan tak? Haha..

Selain daripada boleh meredah banjir dengan paras air lebih dalam, Pickup truck zaman sekarang juga dicipta untuk lebih selesa supaya boleh dijadikan untuk kegunaan keluarga & harian.
Kita beruntung, pickup truck di Malaysia ni sangat murah disebabkan adanya pengecualian cukai khas untuk pickup truck daripada kerajaan. 😱


Ya, yang ni ramai tak tahu. Kat Luar negara kenderaan macam ni dah sama harga dengan BMW 3-series baru, dan mereka anggap pickup truck ni adalah sesuatu yang mewah.

Jadi, adakah pickup truck ni boleh menggantikan kereta sedan atau kereta harian yang biasa kita guna? Lebih-lebih lagi untuk mereka yang duduk di kawasan selalu banjir? Disebabkan pickup truck sekarang sudah dicipta untuk lebih selesa, lebih safety, boleh bawa barang dan guna untuk macam-macam situasi, Enjin pula diesel, jadi minyak dia pun sangat jimat!

Jadi jawapannya, sudah tentu Ya! Boleh.. Jom layan review ni.. Adakah model yang ni menepati cita rasa korang.. 

 

https://youtu.be/dlUa5C2i89A
Isuzu D-MAX 3.0L X-Terrain (Part 01)

Nazz Abdullah

Nazz Abdullah merupakan Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NAZZ&CO™ Media, sebuah empayar media digital automotif dan gaya hidup terkemuka di Malaysia. Berdiri megah sebagai seorang Penganalisis Automotif berwibawa, Digital Media Visionary, dan Pakar Implementasi AI, kepimpinan strategik beliau telah memacu pertumbuhan empayar ini melepasi 400 juta tontonan global. Berbekalkan falsafah penceritaan visual bernilai tinggi dan visi yang tajam, Nazz Abdullah tidak sekadar membuat ulasan, tetapi beliau mencorakkan masa depan serta perbualan utama industri permotoran tanah air.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy