NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Tips: Cara Buka dan Cuci Kereta Banjir

Tips: Cara Buka dan Cuci Kereta Banjir

Ramai yang terlibat dan terkesan teruk akibat banjir yang belaku baru-baru ini di seluruh negara. Dan tak banyak yang kami dapat bantu pada sahabat-sahabat mangsa banjir di sana. Tapi mungkin perkongsian tips ini adalah sesuatu yang dapat selamatkan dan jimatkan kos anda.

Dikatakan terdapat Lebih kurang 20,000 unit kereta yang telah ditenggelami banjir yang perlu dicuci. Ini memakan masa yang sangat lama untuk menunggu giliran, dan saya tak tau sampai tahun bila boleh siap 20,000 unit tersebut. Sebuah Carwash hanya mampu lakukan maksimum 3 ke 4 buah kereta sahaja dalam masa 1 hari. 1 seat yang basah dan kotor perlukan 1 ke 2 minggu untuk kering sepenuhnya. Ini tak kira lagi berapa kos yang perlu ditanggung untuk bersihkan sebuah kereta ditenggelami banjir.

Jadi sementara nak beratur hantar kereta kat anda ke bengkel, mungkin anda boleh lakukan tips ini, dan cuci sendiri kereta masing-masing.

ikuti langkah-langkah cara basuh dan buka kereta banjir dalam video berikut.

Note: Saya & Wong Jia Thai bukanlah pakar dalam bidang ini, jadi pada anda yang yang lebih expert, tinggalkan komen anda di bawah ni dan betulkan kami sekiranya ada silap supaya kita sama-sama dapat membantu sahabat-sahabat kita yang terkesan dengan bencana ni.. Bismillah.

#prihatin#keretabanjir
➔ Wong (Used Car) : 012-708 0600
➔ Whatsapp : http://www.wasap.my/60127080600/Wong

Nazz Abdullah

Nazz Abdullah merupakan Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NAZZ&CO™ Media, sebuah empayar media digital automotif dan gaya hidup terkemuka di Malaysia. Berdiri megah sebagai seorang Penganalisis Automotif berwibawa, Digital Media Visionary, dan Pakar Implementasi AI, kepimpinan strategik beliau telah memacu pertumbuhan empayar ini melepasi 400 juta tontonan global. Berbekalkan falsafah penceritaan visual bernilai tinggi dan visi yang tajam, Nazz Abdullah tidak sekadar membuat ulasan, tetapi beliau mencorakkan masa depan serta perbualan utama industri permotoran tanah air.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy