Honda City Hatchback adalah satu nama baru buat pasaran segmen-B hatchback di Malaysia. Apakah kategori kereta ni?
Honda City Hatchback adalah sebuah pengganti kepada Honda Jazz (Honda FIT) yang begitu popular di pasaran Negara kita. Sebenarnya Honda Jazz masih ada, dan sudah ada versi yang lebih baru, namun Honda Malaysia mengambil keputusan untuk tidak lagi membawa masuk model ini ke dalam pasaran tempatan dan digantikan dengan Honda CITY Hatchback untuk kembali bersaing dengan Toyota Yaris dan Perodua Myvi!
Apakah kelebihan yang versi Hatchback ni berbanding Honda City yang biasa (Sedan)?
Satu kelebihan utama versi hatchback ini adalah ia mempunyai Magic seat untuk penumpang belakang. Tempat duduk tersebut boleh dilipat keatas untuk memberi ruang sekiranya anda ingin membawa barang yang tinggi.
Seperti yang saya selalu ‘hightlight’ dalam video-video saya, Honda adalah ‘sifu’ dalam mempakejkan ruang dalaman keretanya, dan Honda adalah jenama paling bijak dalam dunia dalam mereka cipta ruang dalaman yang luas tanpa mengorbankan sedikit pun dari segi aspek kecantikan.
‘Magic Seat’ pada City Hatchback ini bukanlah satu konsep yang baru pada honda, malah ia telah ada pada Honda Jazz versi sebelum ini dan telah ada pada Honda HR-V sejak tahun 2015.
Walaupun City Hatchback ini kelihatan lebih pendek berbanding kembar sedannya, tapi sangat mengejutkan dikatakan ruang ‘legroom’ penumpang belakang lebih luas berbanding City Sedan. Malah ruang kargo nya juga adalah antara paling luas jika dibandingkan dengan mana-mana pesaing lain dalam kategori segmen-B hatcback, iaitu sebesar 289 liter!
Namun, segala fungsi-fungsi lain adalah sama dengan Honda CITY sedan, daripada segi enjin, transmisi, interior dalaman, infotainment system dan lain-lain. Dan sayangnya, seperti kembar sedan nya, City Hatchback (Non-Hybrid) juga tidak didatangkan dengan ciri keselamatan ‘Honda Sensing’.
Drivetrain:
HONDA CITY Hatchback (Non-Hybrid)
Engine: 1.5L DOHC i-VTEC, 4-Cylinder, 16 Valve
Transmission: CVT
Horsepower: 121 PS | Torque: 145 Nm
HONDA CITY RS (Hybrid)
Engine: 1.5L DOHC i-VTEC, 4-Cylinder, 16 Valve + (Electric Motor)
Transmission: e-CVT
Horsepower: 109 PS | Torque: 253 Nm
HARGA
CITY Hatchback 1.5L S: RM75,669.45
CITY Hatchback 1.5L E: RM83,075.73
CITY Hatchback 1.5L V: RM87,856.36
CITY Hatchback 1.5L RS: RM107,783.09 (Hybrid)
Semua harga di atas adalah OTR tanpa insurans.
(Harga dikemas kini pada Februari 2022)
Untuk perspektif lebih jelas dan bagaimana cara ‘magic seat’ berfungsi, anda boleh ikuti review saya tentang Honda CITY Hatchback di bawah ni.
Toyota Vios GR-Sport: Versi VIOS yang Lebih Garang! – NazzAbdullah.com says:
[…] Vios generasi ke-4 ni handling dia pada saya sudah pun lebih elok daripada Honda City GM6 dan GM7. Apatah lagi bila mendapat sentuhan daripada Toyota GAZOO RACING (GR). Tambahan pula dikatakan ada […]
Toyota YARIS Facelift 2021 – Bagaimanakah ia mampu bersaing dalam B-segment Sedan! – NazzAbdullah.com says:
[…] sekarang Perodua Myvi baru 2022 dah hampir keluar facelift terbaru, Honda City pula dah ada versi Hatchback yang menggantikan Honda Jazz. Tapi kita tak boleh nafikan, YARIS ni tetap ada kelebihannya […]