passionately driven

Perlancaran Ferrari 296 GTB – V6 Pertama Ferrari!

Saban hari kita terima berita perlancaran kereta baharu boleh kata hampir semuanya adalah EV (Electric Car). Dan Hari ini jenama kereta paling unggul dunia, Ferrari juga tidak ketinggalan untuk sama-sama menjayakan usaha ‘Save the Earth’, kempen selamatkan bumi kita.

Ini adalah model kedua Ferrari yang menggunakan kuasa PHEV (Plug-in Hybrid) selepas model Ferrari SF90 pada tahun 2020 lalu. Walaupun tidak sepenuhnya menggunakan kuasa bateri dan electric motor, tapi Ferrari 296 GTB dengan Plug-in Hybrid ini sudah jelas untuk berikan kita gambaran betapa seriusnya Ferrari mengambil tempat dalam era baru EV ini.

Apa yang mengejutkan, Ferrari 296 GTB ini telah memperkecilkan saiz enjin nya, daripada 3.9L yang biasanya sebelum ini kepada hanya 2.9L sahaja. Ya, enjin 2.9L sahaja untuk sebuah Ferrari! Bukan itu sahaja, penggunaan jumlah silindernya juga dikurangkan. Jika sebelum ini kereta-kereta Ferrari hanya ada versi silinder V12 dan V8, tapi kali line-up terbaru 296 GTB Ferrari telah memperkenalkan Enjin V6. Ini adalah buat pertama kalinya sejak 40 tahun Ferrari menggunakan enjin V6.

Jadi kita tahu, Ferrari 296 GTB ini hanya menggunakan enjin hanya 2.9L Twin-Turbocharged yang hanya mempunyai 6 silinder V (V6) dan dikacukkan dengan ‘electric motor’ PHEV. Sebab itulah nama ia Ferrari 296! Dan jangan terkejut, kerana dengan kombinasi ini ia mampu menghasilkan sehingga 830CV (kuasa kuda) dan 740Nm torque! Dahsyat! Angka ini sebenarnya telah jauh melebihi puluhan Supercar lain, namakan sahaja model apa, jarang yang ada lebih daripada ini.

Dikatakan V6 enjin tersebut dibina lebih condong, dengan kecondongan 120 darjah untuk menghasilkan lebih daya dan bunyi yang lebih baik. Bateri Kapasiti boleh berjalan sekitar 25KM sahaja sekiranya pada mode full elektrik.

Ferrari 296 GTB ni didatangkan dengan konsep Rear-mid engine supercar (Berlinetta), pacuan 2 roda belakang (2 wheel drive) dan 2 tempat duduk.

Banyak lagi keperincian yang menarik pada model lineup terbaru Ferrari yang tak pernah ada sebelum ini iaitu 296 GTB. Untuk perspektif yang lebih dekat, anda boleh tonton video review saya tetang model terbaru Ferrari ni.

Review Ferrari 296 GTB
  1. […] Ferrari 296 GTS adalah Ferrari moden paling seksi bagi saya. Jika kita lihat kembali 296 versi GTB (Grand Tourismo Belinetta) reka bentuknya amat sederhana, yang mana bahagian hadapannya tidak banyak garisan-garisan yang […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pilih Jenama Kereta

© 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD