Bagi yang sendang mecari sebuah sedan premium seperti BMW 3-series, Audi A4 atau Volvo S60, anda kena lihat model ini.
Ya, generasi C-Class akhirnya tiba juga untuk pasaran di Malaysia. Ini sebuah model yang sangat popular di negara kita di mana kita boleh lihat begitu banyak model C-Class ini (W204 & W205) di atas jalan.
Kali ini C-Class didatangkan dengan 2 variasi iaitu C200 dan C300. Untuk C200 menggunakan enjin 1.5L Turbocharged Inline-4, dipacukan oleh kotak gear 9G-Tronic Automatik yang menghasilkan sebanyak 204 kuasakuda dan 300 Nm torque. Untuk C200 didatangkan dengan trim Avantgarde yang nampak lebih rileks dan matang.
Sementara untuk versi lebih atas iaitu C300 dikenakan dengan trim AMG-Line yang nampak lebih agrasif dan garang. Enjinya pula dimuatkan dengan 2.0L Turbocharged Inline-4, juga 9G-Tronic Automatik yang mampu menghasilkan sekitar 258 kuasa kuda dan 400 Nm torque.
Darisegi dalaman juga ada sedikit perbezaan untuk kedua-dua varian ini terutamanya di bahagian steering. Tapi apa yang boleh saya ringkaskan, kedua-duan varian ini kelihatan sangat mewah dengan paparan skrin tengah yang sangat luas, ditambah dengan sinaran LED ambient lighting yang pelbagai warna mudah menjadikan dalaman Mercedes C-Class ini kelihatan begitu indah dan mewah jauh jika bandingkan dengan mana-mana pesaingnya seperti BMW 3-Series mahupun Volvo S60.
Begitu banyak yang berlaku dibahagian dalamannya yang begitu ‘sleek’ digayakan dengan garisan-garisan dan jahitan yang premium, buatan yang teliti dan kemas, kualiti material yang digunakan, ditambah lagi dengan paparan meter ‘fully digital’ dengan fungsi yang pelbagai menjadi duduk didalam kereta ini seakan begitu tenang dan selesa.
Harga Mercedes C-Class generasi terbaru ini (W206) adalah bermula sekitar RM288,334.11 untuk varian C200 dan sekitar RM330,681.08 untuk varian C300. Kedua-dua harga tersebut adalah harga di atas jalan tanpa insurans selepas pengecualian cukai SST sehingga June 2022.