Vladimir Putin, seorang pemimpin agung negara daratan paling besar di dunia, dan seorang presiden & prime minister russia paling lama pernah berkhidmat, dan hingga hari ini, tidak ada tanda-tanda untuk beliau turun daripada takhtanya.
Jadi tak hairanlah jika sepanjang tampok pemerintahann yang sangat lama, beliau berjaya mengumpulkan satu jumlah harta yang banyak sehinggakan barat pernah melabelkan Vladimir Putin adalah salah seorang yang terkaya di dunia. Namun pihak russia sepertinya sentiasa menyembunyikan jumlah sebenar harta & kekayaan presiden bekas negara Soviet tersebut.
Lambang kemegahan seseorang pemerintah biasanya digambarkan melalui koleksi kereta-kereta mewah dan jet peribadi. Seperti kesultanan Brunei & Johor. Jadi, Benarkah Putin juga seorang mamat kereta?
Walaupun bergelar sorang president, Putin dilihat gemar melakukan aktiviti-aktiviti lasak & ketenteraan. Dan beliau juga dikatakan seorang yang sangat suka memandu kenderaan, dan antara jentera paling extreme beliau pernah kemudikan adalah formula 1. F1 adalah salah satu jentera paling susah untuk dikemudi, tapi Putin pandu ia tanpa sebarang masalah seperti pro.. Woww.. Dashsyat….
Vladimir Putin dikatakan memiliki lebih daripada 700 buah kereta mewah & Offroders. Selamat datang ke Channal Nazz Abdullah dan selamat menonoton dan saya hargai sekiranya anda dapat bantu kami dengan klik button subscribe kat bawah ni.
Video ini adalah tentang 5 koleksi kereta Vladimir Putin yang dunia ketahui
5. Aurus Senat Limousine
Ini adalah kereta rasmi Presiden kalis peluru & kalis bom!
Aurus adalah salah satu jenama kereta mewah buatan Russia. Boleh kata macam.. ala-ala bentley & Rolls-Royce Phantom gitu..
Aurus Senat versi Limousine ni dikatakan berharga 1.2 juta USD atau RM5 juta. Limousine ni dikuasakan dengan engine 4.4L V8 dikombinasikan dengan single electric motor.
Menurut Russian state media, kereta ni boleh menghasilkan hingga 590hp & 889Nm of torque. Top speed kereta ni dikatakan boleh cecah sehingga 250KM/h, dan 0 – 100KM/h ia boleh capai sepantas 5.9 saat sahaja. Tapi itu semua bukanlah segalanya yang penting untuk kereta ni.
Apa yang penting, Aurus Senat versi yang ini memang dibina khas untuk Putin, kereta ni dilengkapi dengan perisai kalis peluru, kalis sniper, Cermin sekeliling yang perkukuhkan, protection bawah lantai yang kalis bom, Solid ‘run-flat’ tyre yang boleh berjalan hingga 150km/h tanpa angin, bekalan oksigen serba lengkap, dan paling best dalam kereta ni dibekalkan senjata, incase putin kene serang hendap.
Ini yang membuatkan kereta ni super duper berat yang teramat.. iaitu 7.2 tan! Untuk perbandingan, berat kereta ni dah sama macam 1 biji bas.. atau sama dengan 8 biji Myvi
4. Mercedes-Benz G500 4×4
Vladimir Putin juga terkenal sebagai peminat kereta-kereta German. Raksasa G-wagon G500 4×4 ni mungkin menjadi salah satu favourite kepada Putin untuk dibawa pergi mendangkap beruang, kerana offroader ni mampu merentasi apa pun jua bentuk muka bumi extreme di Russia.
G500 4×4 ni didatangkan dengan engine 4.0L Twin-Turbo V8 yang mampu hasilkan hingga 416 hp & 610 Nm of torque. Harga raksaksa idaman semua para jejak ini adalah sekitar RM1 juta.
3. LADA Vesta Sedan
Selain meminati kereta German, of coz Putin Kene support kereta nasional Russia sendiri. Tambahan lagi sekarang ni waktu pelbagai sekatan ekonomi daripada barat dikenakan pada Russia, Russia harus lebih bijak menjana ekonomi secara tempatan.
LADA adalah antara jenama kereta mampu milik buatan Russia paling terkenal disana.
LADA Vesta ni hanya berhaga USD11,000 atau sekitar harga Proton Persona iaitu RM46 ribu. Kereta ni didatangkan hanya dengan 1.6L & 1.8L 4 silinder petrol engine dan menghasilkan sekitar 106 hp ke 122hp tapi agak mengejutkan, 170Nm of torque.
2. Gazelle Limousine
Gazelle atau GAZ adalah salah satu Soviet automaker yang telah wujud sejak zaman awal tahun 1900 lagi dan telah ada sewaktu zaman perang dunia ke-2. Syarikat yang mempunyai sejarah panjang ni telah melalui beberapa kali transformasi sehinggalah hari ini.
Harga Limousine ini adalah sekitar 160 ribu USD ataupun hampir RM800 ribu ringgit. Tak banyak sebenarnya info sahih yang diketahui tentang model ni sebab kereta ini dibina khusus untuk Presiden mereka sahaja, dan ini adalah satu-satunya Limousine daripada jenisnya. Namun ianya juga pasti dilengkapi dengan pelbagai sistem perisai dan ciri keselamatan yang terbaik.
Pada awal sejarah jenama GAZ ni ditubuhkan, mereka pernah menghasilkan banyak jentera-jentera perang yang hebat seperti kereta berperisai, kereta kebal & kereta amphabia. Jadi tak hairanlah bagaimana jenama ini pernah diberi kepercayaan untuk menghasikan kereta khas buat presiden & pemimpin agung mereka.
1. LADA Niva 4×4
Dalam banyak-banyak kereta, ini mungkin kereta yang paling tepat & sesuai dengan karakter Vladimir Putin.
Seperti karkater putin yang tidak banyak senyum, tidak banyak menonjol dan tak begitu menunjuk-nunjuk, LADA Niva ni bukanlah satu SUV yang luxury.
Lada niva didatangkan dengan Fiat 1.3 multijet diesel engine, yang hanya produce sekitar 79hp dan 133Nm of torque sahaja.
Reka bentuk design kereta ni telah mula dicipta sejak 1977, dan tak banyak benda & bentuk yang berubah sehinggalah hari ini.
LADA Niva ni mendapat 0 bintang dalam ujian NCAP di Russia. Russia sendiri yang bagi 0 bintang untuk sebuah kereta legend mereka sendiri. Haha..
Jujurnya, kereta ni memang takde apa-apa.. Luar buruk, dalam hodoh, spesifikasi hancur, buatan murah & ruang sempit.
Tapi.. Ini adalah legend SUV reput Russia yang masih lagi ada ability untuk compete secara off road dengan modern japanese & continental compact SUV.
LADA Niva ni pernah set rekod kenderaan yang dipandu pada ketinggian altitude paling tinggi di dunia, dengan mencecah ketinggian kira-kira 5,725m di pergunugungan Himalaya & Tibet.
LADA Niva pernah memenangi tempat ke-2 dalam Dakar Rally, sementara banyak proper modern race car yang lain gagal untuk sampai ke garisan penamat.
Dan LADA Niva adalah kenderaan beroda pertama di dunia yang dipandu lebih daripada 10 tahun di Antartika.
Jika kita lihat daripada senarai kereta-kereta milik Putin ini, amat mengejutkan dan ianya sangat jauh berbeza kalau kita bandingkan dengan penguasa-penguasa besar lain di dunia.
Memang ada lagi beberapa kenderaan Presiden Russia ini yang diketahui, tapi ianya juga tidak lah begitu unik.
Putin semamangnya dikatakan memiliki lebih daripada 700 buah kereta yang terdiri daripada kereta mewah & offroader. Tapi segala kekayaan beliau selalunya dirahsiakan dan tidak di tayang-tayangkan secara umum. Apakah itu sikap sebenar beliau? Ataupun ianya hanyalah satu strategi politik yang licik.
Banyak lagi sebenarnya fakta & misteri tentang satu susuk tubuh yang sedang menggoncang dunia saat ini, Vladimir Putin. Dan banyak lagi sebenarnya jenama-jenama kereta buatan Russia yang kita di Malaysia ini & satu dunia tidak pernah ketahui.