Kalau anda sedang mencari sebuah kereta sport, tapi tidak terlalu menonjol, juga untuk dibawa ulang-alik kerja seharian atau sebagai kereta utama (sekiranya anda masih bujang), mungkin model ini untuk anda.
Volkswagen Golf, kenapa saya katakan begitu. Ya kerana model ini kali ini lebih mudah untuk dikendalikan dengan ciri pemanduan yang masih mantap, sesiapa pun akan dilihat seakan hero sekiranya memandu kereta ini.
Volkswagen Golf adalah antara model paling laris di dunia, dicatatkan ia terjual setiap 40 saat, satu dunia. Woww satu angka yang tak mampu kita banyangkan. Begitu ikonik dan larisnya model ini hinggakan banyak syarikat kereta German dan Amerika cipta model Hot-Hatch mereka untuk bersaing dengan VW Golf untuk menumpang tuah, kot-kot dapat tempias VW Golf kan? Sebagai contoh, Mercedes-Benz dahulunya tidak pernah ada A-Class (Segmen Hot-Hatch).
VW Golf Generasi ke-8 di Malaysia didatangkan dengan 3 lineup. Golf R-Line RM155,000 hingga RM165,000 (CKD) ,Golf GTI RM211,689.54 (CKD) dan teratas adalah Golf R RM356,412.85 (CBU). Harga tersebut adalah di atas jalan tanpa insurans selepas pengecualian cukai SST hingga Jun 2022.
Harga Golf R-Line yang sudah tidak jauh dibandingkan dengan Honda Civic 2022 masih menggunakan enjin 1.4L TSI Turbocharged 4 silinder, dipacukan oleh 2 roda tayar hadapan dengan transmisi baru iaitu 8-Speed Automatik dan boleh menghasilkan 150PS kuasa kuda dan 250Nm torque. Sementara untuk versi lebih GTI juga dipacukan oleh 2 roda tayar hadapan menggunakan enjin 2.0L TSI Turbocharged 4 silinder, dengan transmisi 7-Speed DSG (Wet Dual-Clutch) yang menghasilkan 245PS kuasa kuda dan 370Nm torque.
Sementara versi teratas, Golf R dengan pacuan semua roda (4 Motion) didatangkan dengan enjin 2.0L TSI Turbocharged 4 silinder juga dengan transmisi 7-Speed DSG (shift by wire) yang mampu menghembuskan sebanyak 320PS kuasa kuda dan 400Nm torque.
Apa yang saya suka?
Yang paling menarik pada Golf kali ini adalah reka bentuk tempat duduk hadapannya, terutamanya untuk versi GTI, dengan kombinasi 3 warna merah putih dan kelabu begitu ideal pada saya. Saya juga memuji deisgn luaran Golf MK8 ini yang nampak begitu segar, baru dan sporty dalam masa yang sama tidak membuang identiti asal rupa sebuah VW golf. Selain itu saya sangat memuji sistem XDS (Electronic differential lock) yang dimuatkan dalam versi R-Line dan GTI (untuk front wheel drive) yang sangat berfungsi dan membantu pemandu sewaktu mengambil selekoh. Selain itu saya juga sukakan fungsi DCC (Dynamic Chasis Control) yang membolehkan pemandu melaras pelbagai jenis driving mode samaada lebih kearah comfort atau kearah sporty.
Apa yang saya tidak suka?
Pada pendapat saya bahagian dalaman Golf kali ini terlalu moden hinggakan segalanya fungsi harus melalui touch screen. Kurang butang-butang khas untuk sesebuah fungsi penting contohnya seperti air-cond, tiada butang laras fizikal atau butang khas untuk anda laraskan air-cond sama ada butang blower atau butang suhu. Anda perlu pergi ke head unit dan melalui beberapa menu untuk laraskan satu-satu fungsi tersebut. Begitu juga dengan beberapa fungsi-fungsi penting yang lain.
Terlalu banyak yang saya ingin katakan tentu sebuah mode lagenda yang telah melalui 8 generasi sejak tahun 1970an ini, dan anda boleh lihat dengan pandang sudut yang lebih jelas lagi dalam video-video review saya yang lebih mendalam.