NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Review: Proton Persona 1.6L Facelift 2022

Review: Proton Persona 1.6L Facelift 2022

Proton Persona mempunyai sejarah yang panjang dimana nama ini pertama kali sudah digunakan pada Proton Wira untuk pasaran eksport luar negara di UK, Australia dan sebagainya.

Generasi pertama ialah Proton Wira yang diperkenalkan pada 1993 hingga 2005, kemudian digantikan dengan generasi ke-2 (Body Gen-2) pada tahun 2008, dan Proton Persona yang kita lihat hari ini (2022) adalah Persona generasi ke-3, iaitu yang mula-mula dilancarkan pada 2016 (Body Iriz), kemudian mendapat sentuhan facelift pertama pada 2018, dan terkini, facelift 2022.

Begitu banyak perubahan dan upgrade jika kita lihat pada persona ini jika dibandingkan dengan versi 2016 dahulu, dari segi luaran, ciri keselamatan, infotainment sistem, paparan konsol tengah pada dashboard, butang kawalan aircond, gearknob, skrin sesentuh dan banyak lagi.

Namun enjin dan transmisi yang digunakan masih lagi sama, cuma dikatakan ada penambahbaikan yang ditala pada gearbox CVT tersebut yang menjadikan pemanduan lebih lancar.

KUASA:
•—• 1.6L VVT inline-4
•—• Transmisi: CVT
•—• 108 PS | 150 Nm

HARGA:
•—• 1.6L Standard CVT: RM45,800
•—• 1.6L Executive CVT: RM50,800
•—• 1.6L Premium CVT: RM55,800

*Harga OTR tanpa insurans untuk semenanjung dikemaskini pada Julai 2022.

Nazz Abdullah

Nazz Abdullah merupakan Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NAZZ&CO™ Media, sebuah empayar media digital automotif dan gaya hidup terkemuka di Malaysia. Berdiri megah sebagai seorang Penganalisis Automotif berwibawa, Digital Media Visionary, dan Pakar Implementasi AI, kepimpinan strategik beliau telah memacu pertumbuhan empayar ini melepasi 400 juta tontonan global. Berbekalkan falsafah penceritaan visual bernilai tinggi dan visi yang tajam, Nazz Abdullah tidak sekadar membuat ulasan, tetapi beliau mencorakkan masa depan serta perbualan utama industri permotoran tanah air.
  1. proton persona premium 2022 model.saya mau tukar rear tires dari original 185/55R16 ke 205/50R16,supaya mantap waktu tikungan..pls info..thx

2.7 Million+ Followers & Readers
© 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
Privacy Policy Cookie Policy