passionately driven

Proton X70 Baru 1.5L Turbo Sahaja: Adakah ‘Underpower’?

Pejam celik sudah hampir 4 tahun Proton X70 pertama dilancarkan, pada Disember 2018. Waktu itu X70 telah membawa fenomena baru dalam dunia automotif Malaysia dan memberi nafas baru untuk proton yang sedang bergelut dengan jualan mereka yang semakin menurun pada tahun-tahun sebelumnya.

Kali ni Proton sekali lagi memberi sentuhan baru pada model flagship mereka iaitu dengan meletakkan enjin 1.5L Turbo TGDI 3-silinder ke dalam X70. Enjin yang benar-benar sama dengan adiknya iaitu Proton X50 2020. Enjin 1.5L Turbo TGDI ini adalah hasil kerjasama Geely-Volvo (JLH-3G15T) berbanding dengan enjin 1.8L Turbo TGDI sebelum ini yang tiada sentuhan Volvo.

UNDERPOWER: Tapi persoalanya, adakah cukup enjin kecil 1.5L daripada X50 ini untuk mengangkat berat 1.6 tan X70? Tambahan lagi enjin tersebut hanya 3-silinder?

KUASA:
1.8L Turbo TGDI: 184PS | 300Nm
1.5L Turbo TGDI: 177PS | 255Nm

Jika kita lihat output enjin 1.8L sebelum ini adalah 184PS dan 300Nm. Mana kala enjin 1.5 kali ni adalah 177PS dan 255Nm sahaja. Memang ada perbezaan daripada segi angka, tapi tidaklah begitu ketara sebenarnya, dan dikatakan enjin 1.5L ini 45KG lebih ringan daripada enjin 1.8L. Jadi adakah i cukup?

Jom kita bandingkan pula pada pesaing-pesaing lain dalam kategori yang sama, iaitu C-Segmen SUV:

Proton X50 1.5L TGDI: 177PS | 255Nm

Honda CR-V 1.5L Turbo: 193PS | 243Nm
Mazda CX-5 2.0L: 162HP | 213Nm
Mazda CX-5 2.5L: 192HP | 258Nm
Toyota RAV4 2.4L: 207HP | 243Nm
Toyota Harrier 2.0L: 173HP | 203Nm

Jelas kita dapat lihat angka diatas, prestasi enjin 1.5L TGDI ini memang tiada masalah untuk kenderaan sebesar Proton X70, malah Honda juga telah lama menggunakan enjin 1.5L turbo untuk model CR-V mereka. Malah, Mazda CX-5 2.0L & Toyota Harrier 2.0L jika kita lihat jauh lebih rendah darisegi kuasa tujahan tork nya.

Namun, Proton masih tidak mengugurkan sepenuhnya enjin 1.8L Turbo ini. Untuk pengguna yang mahukan prestasi lebih tinggi masih mempunyai pilihan untuk 1.8L Turbo TGDI, untuk spec Premium.

HARGA:
1.5L Turbo Standard TGDI (2WD): RM98,800
1.5L Turbo Executive TGDI (2WD): RM110,800
1.5L Turbo Executive TGDI (AWD): RM116,800
1.5L Turbo Premium TGDI (2WD): RM123,800
1.8L Turbo Premium TGDI (2WD): RM128,800

3 SILINDER: Tapi bagaimana pula isu 3 silinder? Adakah bergegar?
Saya telah pandu uji SUV ini hampir 500KM, dan saya dapat katakan yang ini salah satu 3-silinder enjin yang paling halus saya pernah pandu. Sewaktu enjin dihidupkan juga langsung kita tidak dapat kesan sebarang getaran atau karakter 3 silinder enjin tersebut.

Bagaimana? Proton telah lakukan sesuatu pada enjin tersebut, dan anda pasti akan terkejut. (Video di bawah)

📌  Spesifikasi, Siri Keselamatan dan lain:

Kami sediakan video review dibawah untuk anda mendapat gambaran lebih dekat dan terperinci tentang Proton X70 2022 ni.

Episod 01: Apa yang baru?
Episod 02: Pandu Uji Enjin 1.5L Turbo
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD