Proton X50: Review Selepas 20 Bulan.. Apa Sudah Jadi?

Proton X50 yang telah dilancarkan pada Oktober 2020 telah menjadi satu lagi fenomena hebat untuk dunia automotif Malaysia. Ini adalah model ke-2 Proton yang di rebadge daripada Geely, iaitu Geely Binyue.

Sejurus Proton X50 dilancarkan pada 2020, serta-merta model ini memintas raja segmen-B SUV iaitu Honda HR-V, dengan X50 mencatatkan jumlah puluhan ribu tempahan pada hari pertama ia diperkenalkan.

Namun kehangatan model ini seolah-olah terganggu dengan fenomena yang lebih besar, iaitu pandemik covid-19 dan belum sempat Proton X50 bermaharaja lela dijalanan, Malaysia sekali lagi mengumumkan PKP yang ke-2 dan ke-3 pada hujung 2020 hingga 2021.

Dan sedar tak sedar, model ini sudah berusia hampir 2 tahun. Banyak komplain yang viral kita dapat lihat di media social tentang isu kelewatan parts dan masalah-masalah tertentu tentang Proton X50 ini.

Adakah ianya benar? Dan adakah Proton X50 ini masih lagi menjadi plihan rakyat, walaupun setelah, 20 bulan….

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD