passionately driven

Ford Everest WildTrak Edisi Terhad Tiba Di Malaysia Untuk Menempuh Segala Cabaran Lasak

Memperkenalkan salah satu daripada dua model yang telah dilancarkan, iaitu Ford Everest WildTrak Edisi Khas & Ranger Platinum di majlis pelancaran di Bamboo Hills, Kuala Lumpur hari ini.

Dengan keupayaan 7 tempat duduk yang selesa dan mewah, Everest WildTrak dicipta untuk jiwa pengembara dan telah meningkatkan taraf pasaran SUV ke satu tahap yang lebih tinggi.

Ditampilkan dengan warna baharu iaitu Luxe Yellow, dengan aksen Kelabu Batu, varian terbaharu Ford Everest menggabungkan prestasi pengembaraan lasak tetapi anggun dan seronok untuk dipandu.

Antara keistimewaan lain FORD EVEREST WILDTRAK:

– Dilengkapi dengan enjin 2.0L Bi-Turbo yang digandingkan dengan transmisi automatik 10 nisbah kelajuan
– Keupayaan 4WD dalam pilihan 6 mod pemanduan : Normal, Eco, Tunda/Tarik, Licin, Lumpur/Denai dan Pasir
– Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS) seperti bantuan parkir automatik
– Kerusi kulit sintetik hitam yang dihiasi jahitan oren dan logo ‘WildTrak’
– Gril yang menonjol dengan huruf ‘WILDTRAK’ hitam pada bahagian bonet hadapan
– Skrin sentuh bersaiz 12 inci dan juga paparan maklumat warna 12.4 inci pada kluster instrumen
– Rel bumbung yang menyediakan ruang untuk dililit, menjamin keselamatan tambahan untuk kargo dan panel bumbung panoramiknya

Boleh dapatkan Everest WildTrak 2.0L Bi-Turbo Diesel Edisi Khas bermula daripada RM338,888 (di atas jalan raya, tanpa insurans) di Semenanjung Malaysia, RM342,388 (di atas jalan raya, tanpa insurans) di Sabah dan Sarawak.

Tiga warna luar yang menarik akan disediakan iaitu Luxe Yellow, Meteor Grey dan Absolute Black. Untuk keluarga aktif yang ingin menyahut segala cabaran, this EVEREST WILDTRAK is the right choice!

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD