passionately driven

Model Ford Ranger Platinum Baharu Membawakan Trak Pikap Ke Tahap Mewah

Dua model Ford baru telah diperkenalkan ke pasaran hari ini oleh Sime Darby Auto ConneXion (SDAC). Majlis pelancaran telah diadakan di Bamboo Hills, Kuala Lumpur dan salah satu model yang diperlihatkan adalah Ranger Platinum yang berspesifikasi tinggi.

Dengan menggabungkan keupayaan dan sifat serba guna Ranger dengan gaya unik dan ciri-ciri premium, Ranger Platinum ini membawakan Trak Pikap ke puncak baharu untuk memenuhi keperluan cara hidup dan keluarga yang aktif.

Dipacu oleh enjin diesel Ford 2.0L Bi-Turbo yang menghasilkan kuasa 210 PS dan tork 500 Nm, Ranger Platinum boleh didapati secara eksklusif dalam spesifikasi dwikabin. Menggabungkan transmisi automatik 10 nisbah kelajuan dan ciri e-Shifter, kuasa disalurkan menerusi sistem pacuan empat roda dengan sebahagian kawalan elektrik.

Antara keistimewaan lain RANGER PLATINUM:

– Luaran Ranger Platinum Baharu yang dilengkapi dengan aloi bersaiz 20 inci (Pertama kali dalam Ranger) serta sentuhan yang premium, lampu LED Matrix (Pertama dalam kelas, terbaik dalam kelas), gril buatan khas dan Flexible Rack System yang unik, Rel Bumbung Swing-in-Place dan Power Roller Shutter.
– Bahagian Dalaman Ranger Platinum Baharu yang diperkemas dengan kulit jahitan menyerlah, kerusi depan berhaba dan berudara (Pertama kali dalam Ranger), dengan 3 tetapan memori dan kluster instrumen digital 12.4 inci (Terbaik dalam kelas), skrin infotainment 12-inci dengan SYNC 4A terkini, pembesar suara Bang & Olufsen dan pencahayaan ambien, e-Shifter dan Bantuan Parkir Aktif 2.0

Harga bermula daripada RM183,888 (di atas jalan raya, tanpa insurans) di Semenanjung Malaysia, RM189,688 (di atas jalan raya tanpa insurans) di Sabah dan Sarawak untuk Ranger Platinum 2.0L Bi Turbo Diesel. Didatangkan dengan waranti pengeluar selama lima tahun atau 160,000 km, yang mana lebih awal.

Pelanggan yang menempah Ranger Platinum Baharu ini akan menerima Pemegang Telefon Xiaomi percuma dengan ciri buka dan tutup automatik dan Diskaun Ford Ranger Getaways bernilai RM1000 menerusi kod promo semasa penyerahan kenderaan.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD