passionately driven

Chery OMODA E5, Kini Datang Sebagai Sebuah Crossover Elektrik

Chery Malaysia telah memperlihatkan Omoda E5, model crossover elektrik yang bakal dilancarkan pada bulan Mac 2024 pada hari ini.

Dengan kuasa 201 Hp dan 340 Nm, Chery Omoda E5 ini didatangkan dengan spesifikasi motor elektrik tunggal. Ini sudah cukup untuk menggerakkan kereta ini ke 100 km/j dalam masa 7.8 saat dan kelajuan maksimum adalah sebanyak 170 km/j.

Untuk jarak sejauh 450 km boleh dicapai dengan pek bateri berkapasiti 61 kWh dan tidak perlu risau tentang pengecasan bateri kerana Chery Omoda 5 ini boleh mencapai pengecasan 20-80 peratus dalam masa 35 minit.

Berbanding dengan Omoda 5 versi petrol, reka bentuk luaran Omoda 5 kali ini sedikit berbeza kerana didatangkan dengan boot space yang lebih luas dan beberapa lagi spesifikasi baharu.

Berapakah anggaran harga bagi model Segmen-B kategori SUV ini? Sama-sama kita nantikan pada tahun hadapan.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD