Proton telah melancarkan Segmen-C Sedan baharu iaitu Proton S70 dan mengumumkan harga rasmi pada hari ini di Axiata Arena, Bukit Jalil. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.
S70 ini berukuran 4,602 mm panjang, 1,809 mm lebar dan 1,466 mm tinggi, dengan jarak antara roda 2,627 mm. Dengan slogan ‘Intelligence That Evolves’, S70 ini didatangkan dengan sejumlah 7 warna, termasuk Snow White, Armour Silver, Space Grey, Passion Red, Marine Blue, Teal Bayou Green dan Quartz Black.
Dengan kapasiti enjin 1.5 liter, S70 ini mampu menghasilkan 226 Nm pada 4000 rpm. Manakala output maksimum yang dihasilkan untuk kuasa adalah 150 Ps pada 5500 rpm. Empat jenis varian telah dilancarkan untuk jualan iaitu Executive, Premium, Flagship dan Flagship X.
Harga On-The-Road (Tanpa insurans) Proton S70 bagi varian Executive, Premium, Flagship dan Flagship X dengan cukai jualan dan perkhidmatan dan anggaran bayaran bulanan ialah:
1.5T Executive: RM 73,800 , RM793
1.5T Premium : RM 79,800 , RM858
1.5T Flagship : RM 89,800 , RM966
1.5T Flagship X : RM 94,800 , RM1020
Anggaran bayaran bulanan untuk Proton S70 dengan pijaman 9 tahun dan deposit 10%:
1.5T Executive: RM793
1.5T Premium : RM858
1.5T Flagship : RM966
1.5T Flagship X : RM1,020
Untuk 3000 pelanggan pertama akan mendapat Aerokit bernilai RM3,130 (Flagship X sahaja), voucher servis sebanyak RM500 (Premium dan Flagship sahaja) dan Program Insurans Proton yang telah dinaik taraf untuk tahun pertama.
POWERTRAIN
ENJIN: 1.5L, 3-Cylinders In-Line, 12 Valve DOHC, Turbocharged
KAPASITI: 1477 cc
KUASA KUDA: 150PS / 5500 rpm
TORK: 226Nm / 1500 ~ 4000 rpm
TRANSMISI
Auto: 7-Speed Dual Clutch Transmission with Manual Mode
KADAR PENJIMATAN MINYAK
*16.1 km/L atau 6.2 L/100km
KAPASITI TANGKI: 50 Liter
RUANG BOOT
500 Liter
BODY
KERB WEIGHT: 1300KG – 1319KG
TURNING RADIUS: 5.5 meter
WHEELBASEL: 2627MM
SAIZ TAYAR
Executive & Premium: 205/55 R16 Alloy
Flagship & Flagship X: 205/50 R17 Alloy
SUSPENSION
Depan: MacPherson Strut
Belakang: Torsion Beam
BREK
Depan: Ventilated Disc
Belakang: Solid Disc