Kad Luxe Edisi Titan Dari Touch ‘n Go Kini Mula Dijual

Touch n Go kini menawarkan Edisi Terhad Kad NFC iaitu Luxe Edisi Titan untuk jualan di mana kad ini didatangkan dengan kemasan warna hitam matte dan kelilingnya warna emas.

Kad Luxe Edisi Titan Dari Touch ‘n Go ini dijual dengan harga RM25, iaitu RM15 lebih dari harga asal kad NFC biasa iaitu RM10. Jika anda berminat untuk membuat pembelian, anda boleh mendapatkan kad ini di akaun rasmi Touch n Go di Shopee dan Lazada. Bagi yang ingin membuat pembelian secara bersemuka, anda boleh pergi ke Pusat Jualan dan Servis Touch n Go di Bangsar South atau NU Sentral mulai 26 December 2023.

Bagi anda yang tidak tahu, fungsi kad Luxe Edisi Titan ini dapat membantu anda untuk menambah nilai baki Touch n Go melalui aplikasi Touch n Go E-Wallet. Kad ini berfungsi sama seperti kad Touch n Go biasa dan anda boleh gunakan di mana-mana sahaja Touch n Go diterima.

 

Sumber : soyacincau

 

 

 

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD