NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Waze Akan Maklumkan Bonggol Atas Jalan, Lencongan Tajam

Waze Akan Maklumkan Bonggol Atas Jalan, Lencongan Tajam

Aplikasi Waze hari ini telah menjadi pilihan navigasi utama bagi semua pemandu yang ingin memandu ke sesebuah destinasi. Selain untuk melihat navigasi, ia juga berfungsi untuk memberitahu sebarang kesesakan yang berlaku dan perkembangan di atas jalan raya seperti kerja-kerja penyelengaraan. Kini, Waze telah menambah beberapa ciri baharu pada aplikasi mereka.

Telah dikongsikan oleh Google bahawa Waze kelak akan memaklumkan beberapa perkara tambahan, termasuk berkaitan dengan bonggol di atas jalan dan juga lencongan tajam.

Dengan adanya penambahan baru ini, ia akan memastikan perjalanan buat pemandu lebih selamat dan lancar dan tidak terkejut dengan sebarang bonggol yang warnanya telah pudar atau besar di atas jalan, lebih-lebih lagi pada waktu malam dan gelap.

Ciri baharu ini akan diperkenalkan secara berperingkat di Android dan iOS bermula bulan ini dan perincian lanjut mengenai negara manakah yang akan menerima ciri baharu ini masih belum didedahkan oleh Waze.

 

Sumber : Amanz 

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy