SUV off-road bercirikan lasak dan mewah dari Great Wall Motor (GWM) Malaysia akan dipertontonkan di Malaysia buat pertama kali di siri jelajah Roadshow bagi memperkenalkan model GWM Tank 300 sebagai model perintis dalam siri Tank di Malaysia.
Bermula dari 19 April sehingga 12 Mei, siri jelajah Roadshow ini akan berlangsung di seluruh Malaysia. Orang ramai yang berminat boleh rujuk kepada jadual di bawah untuk menyaksikan sendiri model GWM Tank 300 ini.
Selain dari model Tank 300 yang dinanti-nantikan ini, terdapat juga model lain yang bakal dipamerkan di bawah barisan jenama GWM iaitu Ora Good Cat dan coupe elektrik Ora 07 yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini. Pengunjung juga berpeluang untuk menikmati pratonton eksklusif SUV hibrid segmen-C yang bakal dilancarkan ke pasaran Malaysia tidak lama lagi iaitu GWM Haval H6 HEV.
Menggabungkan aspek kemewahan dan pengembaraan, kenderaan pacuan empat roda 4×4 ini dilengkapi dengan ‘differential lock’ hadapan dan belakang untuk menunjukkan kemampuannya di pelbagai jenis laluan dan rintangan.
“Kami sentiasa komited untuk menawarkan pilihan ideal kepada penggemar pemanduan ‘off-road’ agar dapat mengendalikan ‘tank’ mereka dengan keselesaan dan keselamatan yang optimum.
“Tank 300 adalah salah satu daripada barisan produk unggul GWM dalam usaha kami mempromosikan kenderaan mesra pengguna untuk pasaran Malaysia,” kata Mike Cui An Qi, Pengarah Urusan GWM Malaysia.
Selain daripada siri jelajah Roadshow ini, orang ramai juga boleh berkunjung ke bilik pameran GWM yang terpilih untuk tonton secara ekslusif sebelum model ini dilancarkan tidak lama lagi. Berikut adalah senarai bilik pameran GWM yang terpilih untuk mempamerkan GWM Tank 300: