passionately driven

GAC GS3 EMZOOM Kini Dilancarkan ke Dalam Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM118,900 – RM128,900

WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), sebuah anak syarikat sepenuhnya oleh Warisan TC Holdings Bhd, telah melancarkan sebuah Sports Utility Vehicle (SUV) kompak iaitu GAC GS3 EMZOOM ke dalam pasaran Malaysia. Dua varian telah ditawarkan bagi model ini iaitu Exclusive dan Premium R.

SUV ini berukuran 4,446 mm panjang bagi varian Premium R dan 4,410 mm panjang bagi varian Exclusive, 1,850 mm lebar dan 1,600 mm tinggi, dengan jarak antara roda 2,650 mm. Ia memiliki ruang penyimpanan barangan di belakang berkapasiti 341 liter dan meningkat hingga 1,271 liter sekiranya tempat duduk belakang dibaringkan.

nazznco-gs3-emzoom-30

Dengan kapasiti enjin 4-silinder turbo 1.5 liter, GS3 EMZOOM ini mampu menghasilkan 270 Nm pada 4,500 rpm. Manakala output maksimum yang dihasilkan untuk kuasa adalah 177 Ps pada 5500 rpmPenggunaan bahan api bagi model ini adalah 5.9 liter/100 kilometer. Pecutan 0-100 km/j didakwa dalam masa 8.0 saat.

nazznco-gs3-emzoom-28

Rekaan luarannya didatangkan dengan Mecha Wing Grille yang ikonik, Lampu LED Laser Eye Split dan Lampu Light Dark Tail. Melengkapkan lagi model ini adalah spoiler kecil ducktail-style yang diacu untuk pembinaan badan, yang kebiasaannya dijumpai di kereta yang lebih eksotik dan mewah. Tidak dilupakan, Elektrik Hidden Door Handles kepada Crystal Shift Gear Selector yang jika digabungkan, menyerlahkan lagi rekaan kereta ini.

nazznco-gs3-emzoom-31

Memasuki ruang dalam, GAC GS3 EMZOOM didatangkan dengan ruang kabin yang sangat luas dan lebar, menampilkan dual-tone interior, skrin infotainment bersaiz 10.25 inci yang boleh menyambung Apple CarPlay dan Android Auto, sistem kamera di sekeliling dan parking brek elektronik dengan autohold bagi kedua-dua varian.

nazznco-gs3-emzoom-15

Manakala varian Premium R menerima beberapa ciri tambahan seperti kawalan automatik cuaca, pengecas telefon tanpa wayar, tempat duduk hadapan dengan larasan kuasa enam-cara, multi-colour ambient lighting dan bumbung panoramik.

nazznco-gs3-emzoom-21

Bagi sistem keselamatan pula, ia dilengkapi dengan Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) yang merangkumi Adaptive Cruise Control (ACC), Automatic Emergency Braking (AEB), Forward Collision Warning (FCW), Traffic Sign Recognition System (TSR), Lane Departure Warning (LDW) dan Intelligent Speed Limit Control (ISLC) secara standard untuk semua varian.

Manakala bagi varian Premium R menerima ciri keselamatan tambahan iaitu High Beam Assist (HMA), Fusion Automatic Parking Assist (FAPA), Side Curtain Airbags dan Hill Descent Control.

GS3 EMZOOM bakal ditawarkan dengan 4 jenis warna iaitu Salt Lake Blue, Ivory White, Graphene Grey dan Super Star Silver. Ia boleh didapati dalam versi Exclusive dan Premium R, bermula daripada RM118,900 dan RM128,900 (on-the-road tanpa insurans).

GAC Smart Watch Key percuma, di mana fungsinya sama seperti kunci kereta, 3 kali servis penyelenggaraan berjadual termasuk dengan tenaga buruh, bahagian dan minyak hitam akan diberikan kepada 2,000 tempahan pertama. Selain itu, waranti bagi kenderaan dan enjin juga telah dilanjutkan selama 2 tahun iaitu kepada 7 tahun atau 180,000 km pertama bagi pemilik pertama yang berdaftar.

Para pelanggan yang berminat boleh berkunjung ke bilik pameran terdekat anda untuk lihat dan pandu uji sendiri model terbaharu dari GAC iaitu GS3 EMZOOM atau layari laman web rasmi GAC Motor Malaysia di https://gacmotor.com.my untuk maklumat lanjut.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD