passionately driven

Pandu Uji 2024 Mazda CX-5 versi 2.5 Turbo AWD

Mungkin ramai yang tertanya apa rasa drive Mazda CX-5 versi petrol paling berkuasa iaitu 2.5L Turbo? Untuk makluman Mazda CX-5 versi 2024 baru sahaja dilancarkan tahun ini dengan beberapa perubahan ‘minor’, tapi masih lagi didatangkan dengan 4 jenis enjin yang berbeza. Ya ada 4 jenis enjin untuk satu model CX-5.

Yang pertama ialah enjin 2.0L, 162hp dan 213Nm, kemudian ada 2.5L 192hp dan 258Nm, ada juga versi diesel iaitu 2.2D dengan 188hp dan 450Nm dan yang keempat ialah versi 2.5L Turbo yang dipacukan dengan sistem All Wheel Drive yang boleh menghasilkan kuasa 228hp dan 420Nm tork. Kesemua 4 jenis enjin tersebut dipasangkan dengan 6-speed Automatic gearbox dengan manual shift mode.

Sudah menjadi kebiasaan kebanyakan kereta eropah seperti BMW, Mercedes, Audi & Volkswagon menggunakan resipi 2.0L Turbo 4 silinder enjin untuk kebanyakkan model kereta mereka untuk model-model yang sederhana prestasi. Tapi berbeza pula dengan Mazda, mereka mempunyai kapasiti enjin yang lebih besar iaitu 2.5L dan kemudian dipasangkan dengan Turbo.

Ini menjadikan feeling pemanduan CX-5 versi 2.5L Turbo ini amatlah berbeza, anda dapat rasakan tujahannya yang cukup berkuasa ketika memotong atau bila melakukan pecutan, kuasa yang diberikan adalah serta-merta ibarat anda menyimpan raksasa di dalam enjin bay anda.

Adakah Sistem Brek CX-5 2.5L Turbo cukup untuk tampung kuasa yang besar?
Selalu kita dengar cakap-cakap sistem brek CX-5 2.5T tak cukup kuat kerana prestasinya sangat tinggi. Saya cuba perhatikan sepanjang penggunaan saya dengan model ini selama 6 hari, ternyata ianya tiada masalah terutamanya untuk versi 2024 CX-5 facelift ini.

Penggunaan minyak pula agak sedikit kuat jika dibandingkan dengan versi 2.0L, tapi sudah tentu sebab 2.5L Turbo ini menghasilkan kuasa yang jauh lebih tinggi, sudah tentu ianya memerlukan penggunaan bahan api yang lebih. Antara data yang saya dapat ambil penggunaan minyak untuk CX-5 2.5L Turbo ini adalah sekitar 10KM ke 11KM per liter untuk penggunaan dalam bandar termasuk trafik jem, idling, turun naik bukit dan beberapa kali ujian pecutan.

Anatara ciri-ciri lain yang ada dalam CX-5 varian 2.5T ini ialah wireless phone charging, head-up display, wireless Apple Carplay & Android Auto, 360 degree view monitor, Paddle Shifter, Drive mode selection (Sport, Normal, Off-road) dan Advance Safety Technologies seperti RCTA, AFS, HBC, BSM, LDWS, LAS dan sebagainya.

Rumusannya, Mazda CX-5 2.5T ini masih lagi relevan dan berbaloi kerana ini adalah sebuah SUV segmen-C Jepun di bawah julat harga RM200 ribu ringgit yang paling berkuasa dalam pasaran setakat hari ini.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD