passionately driven

smart Malaysia Memperkenalkan smart #3 di Malaysia Autoshow 2024 – Tempahan Dibuka

smart Malaysia telah memperlihatkan model SUV Coupe elektrik terbaru mereka iaitu smart #3 di Malaysia Autoshow 2024 dan kini bersedia untuk menerima tempahan dari orang ramai.

Dengan slogan ‘Chase the Thrill’, smart #3 telah mendapat penghargaan antarabangsa dengan memenangi 2 anugerah iaitu Anugerah Reka Bentuk iF dan Anugerah Reka Bentuk Red Dot.

“Saya sangat berbesar hati menyambut kedatangan smart #3 ke dalam portfolio kami yang mempunyai tiga varian yang menarik. Pengumuman mengenai tawaran smart #3 ini memberi ganjaran kepada para pelanggan untuk mengambil peluang menjadi antara pemilik terawal smart #3.

“Sebagai persediaan unutk penghantaran bagi suku ketiga tahun ini, 13 pengedar rasmi smart telah bersedia sepenuhnya dalam menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan. Dengan ini, smart menjemput orang ramai untuk bersama-sama mengalami perjalanan menuju mobiliti lestari,” kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia.

Tiga varian bakal ditawarkan ke pasaran Malaysia iaitu Brabus, Premium dan Pro. Bagi varian Premium dan Pro, ia didatangkan dengan spesifikasi motor elektrik tunggal yang mampu menghasilkan 272 Ps dan 343 Nm tork manakala varian Brabus didatangkan dengan spesifikasi dua motor elektrik yang mampu menghasilkan 428 Ps dan 543 Nm tork.

Pecutan dari 0-100 km/j bagi varian Premium dan Pro hanya 5.8 saat sahaja manakala varian Brabus mampu memecut dalam masa 3.7 saat sahaja dengan menggunakan mod Rocket Launch.

Untuk jarak sejauh 325 km boleh dicapai dengan pek bateri berkapasiti 49 kWh bagi varian Pro manakala varian Premium dan Brabus dibekalkan dengan pek bateri yang sama iaitu 66 kWh untuk jarak sejauh 455 km bagi Premium dan 415 km bagi Brabus dengan sekali pengecasan.

Bagi pengecasannya, #3 boleh dicas menggunakan pengecas AC berkapasiti 22 kW dengan status pengecasan 10% hingga 80% boleh dicapai dalam kurang dari tiga jam. Namun jika menggunakan pengecas pantas DC berkapasiti 150 kW, ia boleh mencapai status pengecasan pada tahap yang sama di bawah 30 minit.

Orang ramai yang berminat boleh berkunjung ke Malaysia Autoshow 2024 di MAEPS, Serdang untuk lihat dan pandu uji sendiri model smart #3 ini dan pelanggan yang membuat tempahan awal berpeluang menerima barangan rasmi smart eksklusif bernilai sehingga RM1,500 terhad kepada 333 pelanggan pertama, dengan bayaran tempahan RM1,000 yang boleh dikembalikan semula.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD