Proton Anjur Media Drive X90 ke Bentong, Pahang

Proton telah menganjurkan sebuah media drive bersama dengan model SUV segmen-D mereka X90 ke Bentong Happy Farm semalam. Ia telah dihadiri oleh rakan-rakan media yang lain di Proton Centre of Excellence (COE) pada jam 9 pagi untuk sesi taklimat dan pengenalan tentatif.

Pada jam 10.30, flag-off bermula dan sebanyak lima unit Proton X90 (Premium 7-kerusi dan Flagship 6-kerusi), satu unit Proton X70 (lead car), dan satu unit Proton Persona menyertai konvoi ke Bentong Happy Farm. Seramai 4 orang ditempatkan di dalam sebuah kereta.

Perjalanan memakan masa selama satu jam setengah dengan jarak dari Proton COE ke Bentong Happy Farm sebanyak 96 km. Kami berhenti di BHPetrol Lebuhraya KL-Karak untuk pertukaran pemandu bagi memberikan peluang kepada media yang lain untuk merasai pengalaman memandu X90.

Pelbagai kawasan seperti lebuhraya, kawasan berbukit, kawasan perumahan, laluan off-road dan semestinya banyak selekoh tajam telah kami cuba sepanjang perjalanan ke Bentong. Setibanya di sana, pelbagai aktiviti telah disediakan oleh Proton kepada rakan-rakan media. Antaranya ialah:

Pertandingan membuat konten paling kreatif bersama X90

Merasai kelulut madu asli

Memberi makan pada kambing

Kutip telur ayam

Pesta Makan Durian

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD