Mitsubishi All-New Triton Kini Dilancarkan ke dalam Pasaran Malaysia: 5 Varian, Harga Bermula RM102,000 – RM166,000

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kini telah melancarkan model generasi keenam pikap trak mereka, All-New Triton, ke dalam pasaran Malaysia hari ini. 5 varian akan ditawarkan bermula dari Single-Cab, Manual Transmission (MT), Auto Transmission (AT) GL, AT Premium dan Athlete. Berikut adalah senarai harga atas jalan tanpa insurans:

Single-Cab – RM101,980

Triton MT – RM114,980

Triton AT GL – RM116,980

Triton AT Premium – RM145,980

Triton Athlete – RM165,980

Model ini berukuran 5,320 mm panjang (5,360 mm untuk Athlete), 1,865 mm lebar (1,930 mm untuk Athlete), 1,795 mm tinggi (1,815 mm untuk Athlete) dengan jarak antara roda 3,130 mm. Ia memiliki ruang kargo belakang yang paling besar dalam segmennya dengan 2,340 mm panjang dan 1,580 mm lebar.

TRITON-2025-NAZZNCO

Bagi varian Single Cab sehingga AT Premium, ia didatangkan dengan enjin turbodiesel 2.4 liter digandingkan bersama transmisi 6AT (6MT untuk Single Cab dan MT), serta ciri pacuan empat roda yang mampu menjana kuasa 184 PS dan 430 Nm tork.

Bagi varian Athlete pula, ia didatangkan dengan enjin turbodiesel 2.4 liter MIVEC digandingkan bersama transmisi 6AT, serta ciri pacuan empat roda yang mampu menjana kuasa 204 PS dan 470 Nm tork.

TRITON-2025-NAZZNCO

Enam perubahan utama yang dapat dilihat pada Triton serba baharu ini iaitu rekaannya yang kini lebih garang, prestasi enjin yang telah dipertingkat, saiz badan yang lebih besar, keselamatan yang telah dipertingkat, keselesaan seperti memiliki sebuah SUV dan kecekapan mengendalikan.

TRITON-2025-NAZZNCO

Bagi varian Athlete, ia kini tampil dengan 4 mod pemanduan baharu dengan sistem pacuan empat rodanya iaitu 2H, 4H, 4HLc dan 4LLc. Selain itu, kesemua varian kini menerima ciri Active Yaw Control (AYC) yang membantu ketika sedang memandu di selekoh.

TRITON-2025-NAZZNCO

Bagi sistem keselamatan pula, ia dilengkapi dengan Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) yang terdiri daripada Forward Collision Mitigation (AEB), Blind Spot Warning dengan Lane Change Assist, Rear Cross Traffic Alert (RCTA) dan Adaptive Cruise Control.

Bagi pelanggan yang membuat tempahan varian Athlete sebelum 31 Disember 2024, waranti 5 tahun/unlimited mileage akan diberikan. Bagi varian yang lain, waranti standard 5 tahun/200,000 km akan diberikan.

500 pelanggan terawal yang mendaftar tempahan secara dalam talian di Mitsubishi Online Showroom akan menerima kotak simpanan barang 60L bernilai RM450 secara percuma.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD