Nasib malang menimpa pasangan suami isteri apabila Proton Saga FLX yang dipakai, lenyap begitu sahaja dibawa lari oleh pemilik kenderaan tersebut. Perkongsian tersebut telah dimuat naik di Facebook, di mana wanita tersebut telah meluahkan perasaan kecewanya dengan sikap tuan asal kenderaan terbabit.
“Saya pembeli kereta sambung bayar Saga FLX. Kisahnya agak sedih, tapi saya redha dan serah pada Allah. Ujian suami isteri. Malam tadi owner dah bawak lari kereta tanpa pengetahuan saya dan suami. Kami tengok-tengok kereta dah hilang. Padahal kereta tak pernah ada tunggakan.
“Saya pakai dan bayar bulanan dah setahun. Duit deposit RM3,500 pun dia bawa lari, tak pulangkan semula. Tahu-tahu semua lenyap dah. Alhamdulillah. Masih ada motor Kriss milik suami. Cuma kami takde kereta sahaja. Doakan kami dapat beli kereta cash satu hari nanti.
Selain itu, wanita tersebut turut mendedahkan gambar pemilik kereta dan juga nombor plat kenderaan agar orang ramai tidak menjadi mangsa kepada pemilik terbabit.
“Saya up kan gambar kereta no plat, gambar owner dan gambar geran kereta di sini. Saya tahu, dia akan jual pula kereta itu pada orang lain, atau dia akan bagi orang sewa. Sebab owner ada buat bisnes kereta sewa.
“Alamat di dalam geran adalah alamat yang sah owner masih duduk. Terima kasih semua atas pendapat, nasihat dan doa yang baik untuk saya. Inshallah, semua ini jadi pengajaran utk diri saya sendiri.