NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Kenyataan Rasmi MG Malaysia Berkenaan Keputusan Sifar Bintang ANCAP – Unit MG5 yang Diuji Adalah Berbeza

Kenyataan Rasmi MG Malaysia Berkenaan Keputusan Sifar Bintang ANCAP – Unit MG5 yang Diuji Adalah Berbeza

MG Malaysia baru sahaja melancarkan model sedan segmen-B mereka pada awal bulan ini iaitu MG5 ke dalam pasaran Malaysia. Walau bagaimanapun, timbul isu dalam kalangan pengguna di mana MG5 mendapat keputusan sifar bintang selepas diuji oleh Program Penilaian Kereta Baharu Australasian (ANCAP) pada tahun 2023.

Ketua Pemasaran SAIC Motor Malaysia, Phang Rick Kee, tampil untuk menjelaskan berkenaan isu ini di mana mereka menegaskan bahawa model yang diuji di Australia oleh ANCAP adalah berbeza dengan model yang dibawa masuk ke dalam pasaran Malaysia.

“Australia menerima MG5 yang dipasang terus (CBU) dari China manakala model pasaran Malaysia diimport secara terus dari Thailand,” katanya.

Rick turut mengesahkan bahawa unit di Australia datang tanpa pre-tensioner pada tali pinggang keledar manakala unit pasaran Malaysia telah pun diberikan pre-tensioner untuk kesemua tali pinggang keledar.

Untuk makluman, MG5 berukuran 4,675 mm panjang, 1,842 mm lebar, 1,473 mm tinggi dengan jarak antara roda 2,680 mm. Bagi enjin, ia didatangkan dengan enjin 1.5 liter empat-silinder DOHC NA dan mampu menjana kuasa sebanyak 114 PS dan 150 Nm tork.

Hanya satu varian ditawarkan untuk jualan di Malaysia dengan harga bermula RM93,900 (on-the-road tanpa insurans). Sempena pelancarannya, MG Malaysia menawarkan rebat sebanyak RM7,000, menjadikan harganya hanya RM86,900.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy