Dongfeng Box Rasmi Dilancarkan ke Dalam Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM100,000 – RM113,000

Central Auto Distributors Bhd (CADB) telah melancarkan sebuah model hatchback elektrik (EV) iaitu Dongfeng Box ke dalam pasaran Malaysia. 2 varian akan ditawarkan iaitu E2 dengan harga bermula RM100,000 dan E3 pada harga RM113,000 (on-the-road tanpa insurans).

Model ini berukuran 4,020 mm panjang, 1,810 mm lebar, 1,570 mm tinggi dengan jarak antara roda 2,663 mm. Ia memiliki ruang penyimpanan barangan di belakang berkapasiti 326 liter dan meningkat hingga 945 liter sekiranya tempat duduk belakang dibaringkan. Dongfeng Box ini dikuasakan oleh sistem bateri CATL jenis lithium iron phosphate (LFP).

DONGFENG-BOX-NAZZNCO

Kedua-dua varian didatangkan dengan spesifikasi motor elektrik tunggal yang mampu menghasilkan 94 Hp dan 160 Nm tork. Untuk jarak sejauh 330 km boleh dicapai dengan pek bateri berkapasiti 31.45 kWh bagi varian E2 manakala varian E3 dibekalkan dengan pek bateri berkapasiti 42.3 kWh untuk jarak sejauh 430 km dengan sekali pengecasan. Pecutan dari 0-100 km/j hanya 10.6 saat sahaja manakala kelajuan maksimumnya adalah 140 km/j.

DONGFENG-BOX-NAZZNCO

Bagi pengecasannya, model ini boleh dicas menggunakan pengecas pantas DC berkapasiti 60 kW dan boleh mencapai status pengecasan 30% hingga 80% dalam masa 30 minit.

Dari segi penampilan, Box menampilkan garisan badan yang aerodinamik dan licin, dengan bahagian depan yang dilengkapi lampu LED melintang. Selain itu, rekaan pintu tanpa bingkai dan pemegang pintu sensor tersembunyi juga menyerlahkan lagi penampilannya yang canggih dan moden.

DONGFENG-BOX-NAZZNCO

Memasuki ruang dalam, Box hadir dengan skrin infotainment terapung bersaiz 12.8 inci dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay. Ruang kabin dilengkapi dengan lapisan kulit berlian berkualiti tinggi, memberikan suasana yang mewah dan selesa serta meningkatkan daya tarikan visual. Selain itu, ambient lighting dengan 32 pilihan warna, serta cermin pandang belakang tanpa bingkai dan pengecasan telefon tanpa wayar turut lengkap pada model ini.

DONGFENG-BOX-NAZZNCO

Bagi sistem keselamatan pula, Box dilengkapi dengan Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) L2 dan mempunyai ciri parkir automatik, Adaptive Cruise Control (ACC), 540 darjah pemandangan panorama dan lain-lain lagi.

Dongfeng Box bakal ditawarkan dengan 3 pilihan warna luaran iaitu Putih, Hijau dan Biru, dengan dua pilihan warna dalaman iaitu putih dan hitam atau kelabu dan hitam. Istimewa untuk warna Hijau, Biru dan Ungu hadir dengan pilihan warna putih untuk bumbung.

Waranti 8 tahun/150,000 km untuk bateri dan 5 tahun/150,000 km untuk kenderaan akan diberikan kepada semua pemilik Dongfeng Box.

Sempena pelancaran rasminya, pelanggan yang membuat tempahan Dongfeng Box akan mendapat pengecas mudah alih bernilai RM1,088, simpanan kabin hadapan bernilai RM1,250 dan dapat memilih satu lagi hadiah di antara 1 tahun percuma kredit pengecasan bernilai RM3,000 (t&c), percuma pengecas rumah bernilai RM3,288 atau percuma servis penyelenggaraan bernilai RM3,000.

Pelanggan yang berminat untuk melihat dan pandu uji, boleh hadir ke The Box Fiesta pada hujung minggu ini di Dongfeng Cars Malaysia, Kota Damansara dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Pelbagai promosi, hadiah dan aktiviti menarik telah disediakan untuk para pengunjung yang hadir.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD