Jaecoo Malaysia telah melancarkan sebuah SUV premium off-road ke dalam pasaran Malaysia iaitu Omoda C9. Dipasang secara tempatan di Kilang Chery di Shah Alam, 2 varian akan ditawarkan dengan harga bermula RM168,800 untuk varian 2WD dan RM188,800 untuk varian AWD.
Model ini berukuran 4,775 mm panjang, 1,920 mm lebar, 1,671 mm tinggi dengan jarak antara roda 2,800 mm. Ia memiliki ruang penyimpanan barangan di belakang berkapasiti 660 liter dan meningkat hingga 1,783 liter sekiranya tempat duduk belakang dibaringkan.
Dilengkapi dengan enjin 2.0 liter TGDi, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 257 Hp dan 400 Nm tork dengan transmisi dwi-klac basah 8 kelajuan (8DCT). Pecutan 0-100 km/j SUV ini didakwa dalam masa 8.6 saat, manakala kadar penggunaan bahan api adalah 7.6 liter/100 km.
Bagi rekaan luaran, ia kini hadir dengan gril pengambilan udara matriks berlian yang menyerlah dan lampu nyalaan siang yang menyerupai bentuk sigma serta menerima ciri hidden door handle. Di bahagian belakang, model ini kini menerima tulisan bertulis Omoda dengan lampu belakang melintang.
Beralih kepada rekaan dalaman, model ini lengkap dengan skrin HD tunggal bersaiz 24.6 inci, pengecas tanpa wayar Qi 50W, stereng dengan paddle shifter, kawalan pendingin tiga-zon, papan pemuka, kerusi balutan kulit premium, kerusi larasan elektrik lapan-arah dengan enam fungsi memori untuk pemandu dan perakam video digital (dashcam) hadapan.
Selain dari mempunyai 3 mod pemanduan yang biasa iaitu Normal, Economy dan Sports, Omoda C9 ini mempunyai 4 lagi mod pemanduan yang luar biasa iaitu Snow, Sand, Mud dan Off-Road. Selain itu, model ini turut mempunyai kebolehan untuk mengharungi air sedalam 450 mm, di mana ini menunjukkan kebolehannya serta ketahanan lasak yang tinggi di dalam apa jua situasi pemanduan.
Ciri keselamatan pula senarainya agak lengkap dengan sistem ADAS 2.5. Ia merangkumi ciri seperti AEB, kawalan melayar adaptif, amaran penukaran lorong, kawalan lampu utama pintar, makluman ketika kereta depan bergerak, pengesan titik buta, amaran lintasan trafik di belakang dan banyak lagi.
Waranti 7 tahun/150,000 km akan diberikan kepada semua pemilik. Walau bagaimanapun, pelanggan yang membuat tempahan sebelum 8 Disember ini, akan menerima tambahan waranti sebanyak 10 tahun/1 juta km.