Proton e.MAS7 Terima Penarafan 5-Bintang dari ASEAN NCAP

Proton e.MAS7 Terima Penarafan 5-Bintang dari ASEAN NCAP

Proton e.MAS7 baru sahaja dilancarkan semalam dan telah memperoleh keputusan yang sangat cemerlang dengan penarafan 5-bintang di bawah protokol ASEAN NCAP 2021-2025.

Empat kategori telah dinilai di bawah protokol terkini ASEAN NCAP 2021-2025 iaitu Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP), Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) dan Keselamatan Motosikal (MS).

Dengan skor keseluruhan sebanyak 92.57 markah, model ini menerima 39.0/40.0 markah untuk Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), 17.32/20.0 markah untuk Perlindungan Penumpang kanak-kanak (COP), 20.0/20.0 markah untuk Bantuan Keselamatan (SA) dan 16.25/20.0 markah untuk Keselamatan Penunggang Motosikal.

2 varian telah ditawarkan untuk pasaran Malaysia pada harga bermula RM109,800 untuk Prime dan RM123,800 untuk Premium (on-the-road tanpa insurans). Model ini turut menerima 6 beg udara dan Level 2 Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) seperti brek kecemasan automatik, amaran pelanggaran hadapan, sokongan brek dinamik, amaran dan pengelak keluar lorong dan juga bantuan pengekal lorong kecemasan.

“Dengan trend yang semakin meningkat dalam kalangan pengguna kenderaan yang kini mempunyai minat yang mendalam terhadap EV, Proton telah memastikan bahawa keselamatan tidak boleh dikompromi seperti mempunyai struktur yang kukuh untuk melindungi penumpang dan sistem sekatan keselamatan yang boleh diterima,” kata ASEAN NCAP.

“Tambahan pula, ASEAN NCAP sememangnya berbangga kerana Proton telah melengkapkan modelnya dengan teknologi keselamatan aktif sebagai kelengkapan standard dalam semua variannya. Sekalung tahniah kepada e.Mas7 kerana mencapai penarafan lima bintang. Kami berharap pencapaian luar biasa ini telah menetapkan standard untuk diikuti oleh orang lain,” tambahnya.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD