NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Proton e.MAS7 Dipilih Menjadi Kenderaan Rasmi Sempena ASEAN 2025

Proton e.MAS7 Dipilih Menjadi Kenderaan Rasmi Sempena ASEAN 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, secara rasmi telah melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertama dari Proton, e.MAS7, yang bertempat di MITEC, Kuala Lumpur semalam.

Sebagai pengerusi ASEAN 2025, beliau turut mengumumkan bahawa Proton e.MAS7 telah dipilih menjadi kenderaan rasmi bagi Malaysia sempena ASEAN 2025, lapor Sinar Harian.

Beliau juga berharap Malaysia dapat menunjukkan contoh yang baik di rantau ASEAN dalam mempromosikan pembangunan EV sekaligus bebas dari komitmen pelepasan karbon dan menjadi negara sifar pelepasan karbon.

“Dalam masa terdekat, saya juga gembira melihat kereta ini akan dibina di Tanjung Malim, menaikkan taraf vendor Malaysia melalui pemindahan teknologi dan kemahiran baharu yang berkaitan dengan EV,” katanya.

Turut hadir bersama adalah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy