passionately driven

Pemandu Kejar Flight, Halang Ambulans: Insiden di Jalan Klang-Banting Jadi Tumpuan

Pemandu Kejar Flight, Halang Ambulans: Insiden di Jalan Klang-Banting Jadi Tumpuan

Sikap pentingkan diri seorang pemandu Toyota Corolla Cross mencetuskan kemarahan ramai apabila dia didakwa menghalang laluan sebuah ambulans yang sedang membawa pesakit ke Hospital Banting, hanya kerana takut terlepas penerbangan ke luar negara.

Insiden yang berlaku di Jalan Klang-Banting malam kelmarin dirakam melalui kamera pada ambulans tersebut. Video berdurasi 58 saat itu dimuat naik di akaun Facebook pemandu ambulans, memperlihatkan bagaimana kereta tersebut terus berada di lorong kanan walaupun ambulans membunyikan hon dan memberi isyarat kecemasan melalui pembesar suara.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi, kejadian berlaku pada 18 Disember sekitar jam 9.45 malam. Ambulans tersebut sedang dalam perjalanan dari Klinik Kesihatan Jenjarom ke Hospital Banting, membawa pesakit dalam keadaan kecemasan.

“Siren dan lampu kecemasan diaktifkan, tetapi pemandu Toyota Corolla Cross di hadapan tidak memberi laluan,” katanya.

Siasatan awal mendapati kenderaan itu dipandu seorang lelaki berusia 20-an yang dikatakan tergesa-gesa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana risau terlepas penerbangan ke China. Namun, pemandu itu kini berada di luar negara. Pemilik kereta, iaitu bapa kepada pemandu tersebut, turut dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat malam tadi. Menurut sumber Berita Harian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” tambah beliau.

Polis kini sedang mencari maklumat tambahan daripada saksi kejadian. Mereka yang mengetahui butiran lanjut boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor S Taneswaran, di talian 012-6708561 atau 03-31872222.

Kes ini menjadi peringatan penting buat semua pengguna jalan raya – hormatilah laluan untuk ambulans dan kenderaan kecemasan. Setiap saat amat berharga untuk menyelamatkan nyawa.

“Penerbangan boleh dikejar semula, tetapi nyawa yang hilang tak akan kembali.”

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD