NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Litar Antarabangsa Sepang Bakal Jadi Lokasi Bazar Ramadan Baharu pada Tahun 2025

Litar Antarabangsa Sepang Bakal Jadi Lokasi Bazar Ramadan Baharu pada Tahun 2025

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bakal menjadi salah satu lokasi bazar ramadan baharu di daerah Sepang pada tahun 2025, umum Majlis Perbandaran Sepang (MP Sepang).

Sebanyak 80 tapak peniaga akan disediakan sepanjang bulan ramadan dengan hasil kerjasama MP Sepang bersama pengurusan Litar Antarabangsa Sepang.

Inisiatif ini dilakukan untuk memenuhi permintaan penduduk setempat yang inginkan pelbagai pilihan juadah untuk berbuka puasa dengan menambah lokasi bazar Ramadan.

Permohonan untuk petak bazar telah pun dibuka bermula 9 Disember lalu sehingga 6 Januari 2025 secara dalam talian. Para peniaga juga diwajibkan untuk menyediakan kemudahan transaksi pembayaran tanpa tunai.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua MP Sepang, Muhamad Shah Osmin, turut mengumumkan bahawa sebanyak 12 lokasi bazar Ramadan akan dibuka, melibatkan 886 tapak bazar pada tahun hadapan, lapor Bernama.

Antaranya di Kip Mall, Cyberjaya, Taman Mas, Desa Pinggiran Putra, Kosmopleks, Taman Putra Perdana, Sungai Merab, Dengkil Jaya, Dengkil, Sungai Pelek, SIC dan Sepang Putra.

Sempena Tahun Melawat Selangor (TMS) 2025, MP Sepang akan sentiasa berusaha untuk menaik taraf infrastruktur kawasan di sekitar Sepang untuk menarik pelancong ke daerah Sepang.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy