Pengedar Proton, SG Cars Sdn Bhd (SG Cars), telah melancarkan pembukaan bilik pameran Proton e.MAS yang bertempat di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam. Ini merupakan bilik pameran rasmi pertama untuk jenama kenderaan elektrik (EV) di bawah Proton di Malaysia.
Terletak di Seksyen 15, Shah Alam, Selangor, ia mampu mempamerkan sebanyak 14 buah kenderaan dan 13 ruang servis yang akan diuruskan oleh juruteknik terlatih bagi memastikan semua kenderaan pelanggan dapat diselenggara dengan baik.
Para pelanggan juga boleh melihat secara dekat kenderaan yang diminati sambil menunggu di ruang lounge yang selesa semasa kenderaan mereka di pusat servis.
Selain itu, semua pembantu jualan di bilik pameran akan dilatih dengan baik untuk mendidik pengguna EV mengenai cara menguruskan dan menjaga EV mereka dengan betul, sekali gus menambah nilai dan melibatkan pelanggan untuk jenama Proton e.MAS.
“Dengan kemudahan baharu ini, kami yakin bilik pameran ini akan memenuhi keperluan komuniti sambil menyumbang kepada ekonomi tempatan dengan mewujudkan peluang pekerjaan dalam sektor automotif. Saya amat berharap cawangan baharu ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan pelanggan kami tetapi juga menginspirasi penghargaan yang lebih mendalam terhadap masa depan teknologi automotif lestari,” kata Datuk Andrew Quek, Pemilik Pengedar SG Cars.
37 pengedar telah dilantik oleh Pro-Net di seluruh negara, dengan 30 dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang akhir tahun ini, umum syarikat terbabit.
Ruang pameran dibuka dari jam 8 pagi hingga 7 malam (Isnin – Sabtu) dan 9 pagi hingga 6 petang pada hari Ahad dan Cuti Umum manakala pusat servis dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang (Isnin – Sabtu) dan ditutup pada hari Ahad dan cuti umum.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?