Honda Civic Facelift 2025 Kini Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula dari RM133,900 – RM167,900

Honda Malaysia hari ini secara rasmi telah melancarkan Honda Civic Facelift 2025 dan telah mengumumkan harga jualan mereka iaitu bermula dari RM133,900 untuk varian E sehingga RM167,900 bagi varian e:HEV RS. Empat varian telah ditawarkan ke dalam pasaran Malaysia iaitu E, V, Petrol RS dan e:HEV RS.

Sejak pengenalan generasi ke-11 pada tahun 2022, lebih 28,000 unit telah berjaya dijual di Malaysia. Honda Civic juga telah berjaya menjadi model sedan segmen-C non-national paling laris untuk 8 tahun berturut-turut sejak tahun 2016.

Empat varian Honda Civic Facelift 2025 akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia iaitu E, V, Petrol RS dan e:HEV RS. Kesemua varian masih mengekalkan reka bentuk yang sporty, dengan e:HEV RS menampilkan sambungan gril hadapan dan lower grille garnishes mengikut warna badan, manakala Petrol RS dilengkapi dengan versi hitam sambungan gril tersebut. Istimewa untuk e:HEV RS, ia menerima rekaan roda aloi bersaiz 18 inci baharu berwarna Matte Grey.

Warna di datangi dengan Canyon River Blue Metallic, Meteoroid Gray Metallic, Ignite Red Metallic, Platinum White Pearl dan Crystal Black Pearl.

Bagi varian Petrol RS, ia dikuasakan oleh enjin 1.5 liter VTEC turbocaj yang mampu menjana kuasa sebanyak 182 PS dan 240 Nm tork manakala untuk varian e:HEV RS, ia dikuasakan oleh enjin 2.0 liter e:HEV, dengan janaan kuasa sebanyak 184 PS dan 315 Nm tork.

Bagi sistem bantuan keselamatan, Honda Civic Facelift 2025 menerima Honda SENSING yang lengkap dengan 9 ciri keselamatan bersama dengan Honda CONNECT yang mudah diakses melalui telefon sahaja.

Harga On-The-Road (Tanpa insurans) Honda Civic Facelift 2025 bagi kesemua varian dengan cukai jualan dan perkhidmatan ialah:

E : RM133,900

V : RM144,900

Petrol RS : RM149,900

e:HEV RS : RM167,900

Untuk maklumat lanjut mengenai New Civic Facelift, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana pengedar sah Honda di seluruh negara atau menghubungi nombor Bebas Tol Honda di 1-800-88-2020 atau melayari www.honda.com.my.

 

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD