Tesla Model Y Edisi Terhad Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM196,000, Dalaman & Luaran Eksklusif

Tesla Model Y Edisi Terhad Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM196,000, Dalaman & Luaran Eksklusif

Tesla Model Y, yang dikenali sebagai kenderaan paling laris di dunia dan terkenal dengan penilaian keselamatan tertinggi di empat benua, kini hadir dalam versi baharu yang dikenali sebagai Model Y Baharu. Untuk meraikan pencapaian ini, Tesla memperkenalkan Edisi Terhad istimewa dan juga warna luaran baharu, Glacier Blue.

Model Y Baharu menampilkan reka bentuk bercirikan futuristik dengan inspirasi siber, termasuk jalur lampu depan yang baru dan reka bentuk lampu belakang serta pintu but yang diilhamkan dari Cybertruck dan Cybercab.

Edisi Terhad ini dilengkapi dengan ciri eksklusif seperti lencana khas di bahagian belakang, puddle light badge, dan tulisan “launch” pada plat pintu, mencipta sambutan unik untuk pemandu.

Di bahagian dalam, Edisi Terhad menampilkan reka bentuk khas dengan konsol pengecasan dan alas lantai beraksen perak, serta trim dalaman suede vegan berwarna hitam sepenuhnya. Kabin telah direka untuk menjadi lebih senyap dengan penggunaan kaca dua lapis pada semua tingkap dan bumbung kaca panorama bersalut perak, yang mengurangkan sinar UV dan haba.

Reka bentuk roda baharu dan penyebar belakang meningkatkan aerodinamik, mengurangkan rintangan udara, dan menambah kestabilan, memberikan pemanduan yang lebih lancar dan cekap pada kelajuan tinggi.

Model Y Baharu juga mempunyai ciri popular dari Model 3, seperti ambient lighting, tempat duduk depan ventilated, dan paparan barisan kedua untuk penumpang. Tempat duduk belakang kini boleh disesuaikan atau dilipat dengan mudah hanya dengan menekan satu butang untuk kemudahan tambahan.

Kenderaan ini ditawarkan dalam dua varian iaitu Rear-Wheel Drive, bermula dari RM195,450, dan All-Wheel Drive, bermula dari RM242,450. Berikut adalah spesifikasi penuh bagi Tesla Model Y Edisi Terhad ini:

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD