NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Lebih 7,000 Unit Kenderaan Jaecoo J7 Terjual Dalam Masa 5 Bulan – SUV Premium Paling Laris!

Lebih 7,000 Unit Kenderaan Jaecoo J7 Terjual Dalam Masa 5 Bulan – SUV Premium Paling Laris!

Jaecoo Malaysia, selaku jenama baharu yang masuk ke dalam Malaysia, telah mengumumkan bahawa sebanyak 7,041 unit Jaecoo J7 telah terjual dalam tempoh 5 bulan pertama mereka beroperasi di Malaysia.

Naib Presiden Jaecoo Malaysia, Emily Lek, berkata, “Kami menghargai kepercayaan yang dipamerkan oleh pelanggan kami terhadap jenama Jaecoo dan kami terus bertekad untuk menunaikan janji jenama kami dengan membawakan kenderaan yang terbaik dalam kelasnya dan pengalaman pemilikan premium.”

12 pengedar terbaik Jaecoo telah diiktiraf atas prestasi cemerlang di majlis anugerah pengedar pertamanya. Penyumbang terbesar dalam jumlah jualan datang dari pengedar di Johor iaitu Auto Galaksi Sdn Bhd, sekaligus turut membawa pulang piala hasil daripada pencapaian cemerlang mereka.

Susulan dengan kejayaan model J7 dan C9 pada tahun 2024, Jaecoo Malaysia berhasrat untuk memperkenalkan lebih banyak model pada tahun 2025, bermula dengan pelancaran rasmi Jaecoo J7 PHEV pada Februari ini.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy