NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Denza D9 Dilancarkan di Malaysia – MPV EV di bawah BYD, Harga Bermula RM259k – RM309k

Denza D9 Dilancarkan di Malaysia – MPV EV di bawah BYD, Harga Bermula RM259k – RM309k

Denza, sebuah sub-jenama premium di bawah BYD, telah melancarkan MPV elektrik, Denza D9 ke dalam pasaran Malaysia hari ini. 2 varian sebagai pilihan iaitu Advanced FWD pada harga RM259,000 dan Premium AWD pada harga RM309,000. Tempahan sudah pun mula dibuka pada Januari lalu dan pra-tonton eksklusif telah diadakan kepada para media minggu lepas.

Model ini berukuran 5,250 mm panjang, 1,960 mm lebar, 1,920 mm tinggi dengan jarak antara roda 3,110 mm. Ia memiliki ruang penyimpanan barangan di belakang berkapasiti 410 liter dan meningkat hingga 2,310 liter sekiranya tempat duduk belakang dibaringkan.

Untuk varian Advanced, ia dikuasakan oleh motor elektrik hadapan yang mampu menghasilkan 313 PS dan 360 Nm tork. Pecutan dari 0-100 km/j hanya 9.5 saat. Bagi varian Premium pula, ia ditambah dengan motor elektrik belakang dan mampu menghasilkan 374 PS dan 470 Nm tork. Pecutan dari 0-100 km/j hanya 6.9 saat.

Dikuasakan oleh bateri berkapasiti 103.6 kWh jenis Lithium Iron Phosphate (LFP), jarak sejauh 600 km boleh dicapai untuk varian Advanced dan 580 km untuk varian Premium.

Bagi pengecasannya, D9 boleh dicas menggunakan pengecas pantas DC berkapasiti 166 kW dan boleh mencapai status pengecasan 30% hingga 80% dalam masa 30 minit. Pengecas AC juga boleh digunakan dengan kadar maksimum 11 kW dan jarak gerak sekitar 150 km boleh dicapai dalam 10 minit pengecasan.

3 pilihan warna luaran akan ditawarkan iaitu Arctic White, Cosmos Black dan Whale Sea Blue serta Beige dan Brown sebagai pilihan untuk warna dalaman. Pemilik akan menerima waranti 8 tahun/160,000 km untuk bateri, waranti 8 tahun/150,000 km untuk motor pacuan dan pengawal motornya serta waranti kenderaan 6 tahun/150,000 km.

Sempena pelancaran rasminya, pelanggan yang membuat tempahan akan menerima pengecas wallbox 22 kW termasuk pemasangan, penyelenggaran percuma selama 6 tahun/120,000 km, bantal leher dan pinggang Denza serta beg Denza. Pelanggan yang berminat boleh hadir ke KL Base dari 21 hingga 23 Februari ini untuk melihat dan pandu uji Denza D9.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD