Pro-Net, anak syarikat kepada pengeluar automotif nasional Proton, telah mengumumkan bahawa sebanyak 1,000 unit telah berjaya dihantar untuk model elektrik sulung mereka, Proton e.MAS7. Sedikit recap tentang model ini, 2 varian telah dilancarkan pada harga bermula RM109,800 untuk varian Prime dan RM123,800 untuk varian Premium.

Kedua-dua varian dikuasakan oleh bateri berkuasa tinggi jenis Lithium Iron Phosphate (LFP) yang mampu menghasilkan 160 kW dan 320 Nm tork. Pecutan dari 0-100 km/j hanya 6.9 saat manakala kelajuan maksimumnya adalah 175 km/j.
Bagi varian Prime, jarak sejauh 345 km (WLTP) boleh dicapai dengan pek bateri berkapasiti 49.52 kWh manakala untuk varian Premium, jarak sejauh 410 km (WLTP) boleh dicapai dengan pek bateri berkapasiti 60.22 kWh.
Menurut Pro-Net, hasil kajian menunjukkan bahawa 58% pembeli bersetuju e.MAS 7 sebagai pilihan yang berbaloi dengan harganya, manakala 51% menghargai ruangnya yang luas dan kesesuaiannya untuk kegunaan harian.
Selain itu, 38% tertarik dengan ciri keselamatan canggih, termasuk ADAS Tahap 2 dan keupayaan pemanduan semi-autonomi, sementara 39% menyatakan bahawa Peta Pengecasan Langsung menjadi faktor utama dalam proses membuat keputusan mereka.
Kini, Pro-Net telah menerima lebih daripada 4,500 tempahan dan mereka yakin akan terus meningkat sehingga 6,000 tempahan tidak lama lagi terutamanya dengan lanjutan pakej kuasa pelancaran khas yang menawarkan harga eksklusif kepada pengguna awal.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?