Chery Malaysia Lancar 4 Bilik Pameran, 2 Pusat 3S Baharu di Sabah dan Sarawak

Chery Malaysia Lancar 4 Bilik Pameran, 2 Pusat 3S Baharu di Sabah dan Sarawak

Chery Malaysia telah melancarkan 4 ruang pameran serta 2 pusat 3S baharu di Sabah dan Sarawak untuk mengukuhkan lagi kehadiran mereka khususnya di kawasan Malaysia Timur.

Terletak di Ground floor, Lot No 1, Taman Wemin, Batu 5, Jalan Labuk, 90000 Sandakan, Sabah, pusat 1S Chery Sandakan ini dimiliki dan diuruskan oleh Universal Chery Sdn Bhd.

Bilik pameran dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 6 petang (Isnin – Jumaat), 8 pagi hingga 4 petang (Sabtu) dan 10 pagi hingga 3 petang (Ahad dan Cuti Umum).

Seterusnya, pusat 3S Chery Tawau juga dimiliki dan diuruskan oleh Universal Chery Sdn Bhd. Berkeluasan sebanyak 682 meter persegi, Chery Tawau ini terletak di TB4005, Taman Berkeley, Batu 1, Jalan Apas, 91000 Tawau, Sabah.

Para pelanggan boleh melihat secara dekat kenderaan yang diminati sambil menunggu di ruang menunggu yang selesa semasa kenderaan mereka di pusat servis. Selain itu, ia turut didatangkan dengan 4 ruang servis yang diuruskan oleh juruteknik terlatih Chery.

Ruang pameran dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 6 petang (Isnin – Jumaat), 8 pagi hingga 4 petang (Sabtu) dan 10 pagi hingga 3 petang (Ahad dan Cuti Umum) manakala pusat servis dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang (Isnin – Jumaat), 8 pagi hingga 3 petang (Sabtu) dan ditutup pada hari Ahad dan cuti umum.

Selain itu, pusat 3S Chery Miri dimiliki dan diuruskan oleh MP Advanced Automotive Sdn. Bhd. Berkeluasan sebanyak 892 meter persegi, Chery Miri ini terletak di Lot 8363-8366, Ground Floor, Block 1 Lambir Land District, Jalan Miri By Pass, 98000 Miri, Sarawak.

Para pelanggan boleh melihat secara dekat kenderaan yang diminati sambil menunggu di ruang menunggu yang selesa semasa kenderaan mereka di pusat servis. Selain itu, ia turut didatangkan dengan 4 ruang servis yang diuruskan oleh juruteknik terlatih Chery.

Ruang pameran dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 5 petang (Isnin – Sabtu) dan 9 pagi hingga 3 petang (Ahad dan Cuti Umum) manakala pusat servis dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang (Isnin – Sabtu) dan ditutup pada hari Ahad dan cuti umum.

Satu-satunya bilik pameran yang ada di pusat membeli-belah, Chery turut melancarkan ruang pameran berkonsepkan butik di dalam Imago Mall Kota Kinabalu. Dimiliki dan diuruskan oleh Universal Chery Sdn Bhd, para pelanggan boleh melihat, pandu uji dan membuat tempahan sambil membeli-belah.

Bilik pameran dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 8 malam (Isnin – Khamis) dan 10 pagi hingga 9 malam (Jumaat – Ahad).

Chery kini mempunyai 4 ruang pameran dan 2 pusat 3S di Sabah dan 2 ruang pameran dan 2 pusat 3S di Sarawak bersama dengan 2 pusat badan dan cat di setiap daerah.

Setakat 2024, Chery mempunyai 56 ruang pameran dan berazam akan mencapai sehingga 65 ruang pameran pada tahun 2025 di seluruh Malaysia.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD