Prestasi jualan bulan Februari telah diumumkan oleh UMW Toyota Motor Sdn Bhd dengan penjualannya mencapai sebanyak 6,632 unit. Tidak seperti kebiasaan, jumlah jualan pada kali ini tidak termasuk dengan jumlah jualan untuk jenama Lexus seperti sebelum ini.
Dengan jumlah jualan tahunan kini mencecah 12,015 unit, UMW Toyota turut mengumumkan bahawa model-model yang menunjukkan prestasi yang hebat datang dari Toyota Vios, Toyota Hilux dan juga Toyota Corolla Cross. Walau bagaimanapun, syarikat tersebut juga tidak mendedahkan secara spesifik angka jualan untuk setiap model tersebut.
Selain itu, UMW Toyota turut melancarkan promosi “A Journey of Gratitude” di mana promosi sehingga RM9,500 untuk semua model-model Toyota serta ansuran bermula serendah RM658 bakal diberikan kepada pelanggan yang berminat untuk mendaftar. Pelanggan juga akan menerima program Toyota Service Savers dengan ansuran serendah RM33.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?