Jaecoo J8 Diperkenalkan di Malaysia – SUV 5/6 Tempat Duduk, Harga Dijangka RM200k

Jaecoo J8 Diperkenalkan di Malaysia – SUV 5/6 Tempat Duduk, Harga Dijangka RM200k

Jaecoo Malaysia telah memperkenalkan sebuah lagi SUV premium, Jaecoo J8 ke dalam pasaran Malaysia. Ia dijangka akan dilancarkan secara rasmi tak lama lagi sebagai model keempat Jaecoo di Malaysia.

SUV ini berukuran 4,820 mm panjang, 1,930 mm lebar, 1,710 mm tinggi dengan jarak antara roda 2,820 mm. Jaecoo J8 ini didatangkan dengan enjin 2.0 liter turbocas empat-silinder petrol dan mampu menghasilkan 385 Nm tork manakala output maksimum yang dihasilkan untuk kuasa adalah 249 Ps. 

Dua varian akan ditawarkan untuk model ini iaitu 5-tempat duduk dengan pacuan dua roda (2WD) dan 6-tempat duduk dengan pacuan semua roda (AWD). Varian AWD mempunyai teknologi Continuous Damping Control (CDC) untuk kawalan lebih baik di jalan raya dan kawasan lasak. Ia juga mampu meredah air sehingga 450 mm, menjadikannya sesuai untuk pengembaraan off-road.

Dari segi ruang, J8 2WD menawarkan kapasiti but 738L, manakala AWD menyediakan 200L. Bahagian dalaman kedua-dua model dilengkapi paparan media 12.3-inci, kamera panorama 540-darjah, serta ciri mewah yang berbeza mengikut varian.

Model 2WD dilengkapi sistem audio Sony 12 pembesar suara, 6 beg udara, ambient lighting, dan tempat duduk kulit sintetik. Sementara itu, model AWD menampilkan sistem bunyi Sony 14 pembesar suara dengan pembesar suara di bahagian kepala, 10 beg udara, pintu kuasa, sistem wangian automatik, serta NFC untuk kunci tanpa sentuhan.

Tempat duduk pemandu mempunyai fungsi pengudaraan serta dilengkapi perakam video digital (DVR) dan keupayaan parkir automatik. Tambahan pula, tempat duduk barisan hadapan dan kedua boleh dilaraskan secara elektrik serta mempunyai fungsi urutan dan tirai peneduh. Ruang dalaman dilengkapi tempat duduk kulit asli dan kemasan suede untuk sentuhan kemewahan.

Bagi pilihan warna, model 2WD tersedia dalam Carbon Crystal Black, Khaki White, dan Olive Grey, manakala model AWD menawarkan kombinasi dwi-tona bagi warna yang sama. Harga anggaran bagi J8 AWD 6-tempat duduk adalah sekitar RM220,000, manakala J8 2WD 5-tempat duduk dijangka berharga RM195,000.

Orang ramai yang berminat boleh berkunjung ke 1Utama Shopping Centre, bermula 27 hingga 31 Mac, untuk melihatnya secara langsung dan pandu uji model ini.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD