Honda Malaysia Sdn. Bhd. telah mengumumkan pelantikan Encik Narushi Yazaki sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu, berkuat kuasa pada 1 April 2025. Beliau menggantikan Encik Hironobu Yoshimura yang telah menerajui syarikat itu selama tiga tahun.
Encik Yazaki mempunyai lebih 25 tahun pengalaman bersama Honda dan pernah memegang jawatan kepimpinan penting di beberapa negara seperti Jepun, Thailand dan Amerika Syarikat. Sebelum ke Malaysia, beliau berkhidmat dalam Bahagian Operasi Pentadbiran Korporat di Honda Motor Co., Ltd. di Tokyo.
Encik Yazaki meluahkan rasa teruja atas pelantikan ini dan berkata beliau berasa bangga diberi tanggungjawab untuk memimpin Honda Malaysia, sebuah syarikat yang penting dalam pertumbuhan jenama Honda di rantau Asia dan Oceania. Beliau berhasrat untuk meneruskan kejayaan syarikat dan memperkukuhkan lagi pertumbuhan berdasarkan asas kukuh yang telah dibina oleh pemimpin sebelum ini.
Encik Yoshimura pula akan memulakan peranan baharu di ibu pejabat Honda di Tokyo pada tarikh yang sama. Beliau banyak menyumbang dalam memastikan Honda Malaysia kekal sebagai jenama terunggul dalam segmen Kenderaan Penumpang Bukan Nasional selama 11 tahun berturut-turut.
Beliau juga berjaya memimpin syarikat melalui tempoh sukar selepas pandemik. Honda Malaysia merakamkan penghargaan kepada Encik Yoshimura atas komitmen dan kepimpinannya yang banyak membantu kejayaan berterusan syarikat.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?