Tempahan Honda e:N1 Kini Dibuka – HR-V Versi Elektrik, Bakal Lancar Suku Kedua 2025

Tempahan Honda e:N1 Kini Dibuka – HR-V Versi Elektrik, Bakal Lancar Suku Kedua 2025

Honda Malaysia hari ini telah mengumumkan tempahan untuk model Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) pertamanya, Honda e:N1 telah dibuka untuk pasaran Malaysia dan akan dilancarkan secara rasmi pada suku kedua 2025. Dari segi saiz, e:N1 berukuran 4,380 mm panjang, 1,592 mm tinggi, dengan jarak roda 2,610 mm.

Model ini dibina di atas platform pacuan roda hadapan khas yang dinamakan e:N Architecture F, yang direka untuk memberikan pecutan lancar dan kawalan stabil dalam pelbagai keadaan jalan. Ia dikuasakan oleh bateri lithium-ion berkapasiti 68.8 kWj dan motor elektrik berkuasa 150 kW serta 310 Nm tork, dengan jarak pemanduan sehingga 500 km (mengikut standard NEDC).

BEV ini tampil dengan reka bentuk menarik dan ciri-ciri praktikal seperti Lampu Hadapan LED Penuh, Lampu Belakang LED yang anggun, serta port pengecas tersembunyi untuk pengecasan AC (biasa) dan DC (pantas). Penunjuk pengecasan diletakkan di atas gril hadapan untuk memudahkan pemantauan. Rim Aloi Dual-Tone 18-inci yang eksklusif untuk BEV Honda menambahkan gaya moden dan menarik.

Lencana “H” berwarna putih yang baru melambangkan identiti elektrik Honda dan terdapat pada stereng, keyless remote, penutup port pengecas dan penutup tengah rim. Bahagian belakang pula menampilkan logo Honda dengan jenis tulisan baru, menambahkan rasa premium pada kenderaan ini.

Keselamatan sentiasa menjadi keutamaan Honda, dan e:N1 dilengkapi teknologi keselamatan penting seperti Blind Spot Information (BSI) dan Cross Traffic Monitor (CTM), serta 9 ciri keselamatan canggih di bawah Honda SENSING.

Bagi menyokong model BEV baharu ini, Honda Malaysia telah melantik 8 pengedar sah di tiga wilayah untuk mengendalikan pertanyaan pelanggan berkaitan e:N1. Pelanggan boleh merujuk jadual di bawah:

Pelanggan boleh membuat tempahan e:N1 melalui laman web rasmi di https://prebook.honda.com.my/ atau menggunakan aplikasi HondaTouch. Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana lapan pengedar yang dilantik, hubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau lawati www.honda.com.my.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD