Great Wall Motor (GWM) Malaysia telah membuka tempahan untuk model SUV off-road mewah 7-tempat duduk mereka iaitu Tank 500 dan dijangka akan dilancarkan ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Turut didedahkan adalah anggaran harganya adalah di bawah RM350,000.
Model ini berukuran 5,078 mm panjang, 1,934 mm lebar, 1,905 mm tinggi dengan jarak antara roda 2,850 mm. Ia memiliki ruang penyimpanan barangan di belakang berkapasiti 98 liter dan meningkat hingga 795 liter sekiranya tempat duduk barisan ketiga dibaringkan dan 1,459 liter jika barisan kedua dibaringkan.
Model ini akan dibawa masuk secara import sepenuhnya dari China (CBU) dan akan ditawarkan dalam versi parallel hybrid (tiada plug-in) dengan enjin hibrid empat-silinder 2.0 liter turbo bersama transmisi automatik hibrid 9-kelajuan. Tujahan kuasa sebanyak 346 PS dan 648 Nm tork dapat dihasilkan.
Spesifikasi penuh masih belum dikongsikan lagi oleh GWM Malaysia, namun apa yang didedahkan setakat ini adalah model ini akan menerima 11 mod pemanduan, fungsi tank turn, Cruise Control Off-Road untuk mengharungi pelbagai jenis permukaan dengan mudah.
Di bahagian dalam, balutan kulit Nappa, sistem audio infinity 12 pembesar suara, pemijak sisi elektrik serta tempat duduk hadapan dengan fungsi urut dan pengudaraan turut disediakan. Dari segi keselamatan, struktur badan yang kukuh dan kereta ini dilengkapi dengan 6-beg udara.
3 pilihan warna akan ditawarkan sebagai pilihan iaitu Crystal Gray, Hamilton White, dan Sun Black. Perincian penuh akan diketahui pada pelancaran rasmi model ini. Pelanggan yang berminat boleh berkunjung ke 14 pengedar GWM terpilih di seluruh negara untuk membuat tempahan.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?