passionately driven

5,500 Unit Tempahan Dicatat Proton e.MAS7 – Kini Masih EV Paling Laris di Malaysia!

5,500 Unit Tempahan Dicatat Proton e.MAS7 – Kini Masih EV Paling Laris di Malaysia!

Pro-Net, anak syarikat pembuat kereta nasional Proton, dengan bangganya mengumumkan bahawa model kenderaan elektrik mereka, Proton e.MAS 7, telah mencatat jumlah tempahan sebanyak 5,500 unit dan masih lagi terus meningkat sehingga kini.

Menyokong kenyataan ini, syarikat itu kini masih lagi mengekalkan kedudukannya sebagai EV paling laris di Malaysia selama 3 bulan berturut-turut dengan hampir 2,000 unit telah berjaya diserahkan kepada pelanggan baru-baru ini.

Untuk makluman, 2 varian telah dilancarkan pada harga bermula RM109,800 untuk varian Prime dan RM123,800 untuk varian Premium.

Kedua-dua varian dikuasakan oleh bateri berkuasa tinggi jenis Lithium Iron Phosphate (LFP) yang mampu menghasilkan 160 kW dan 320 Nm tork. Pecutan dari 0-100 km/j hanya 6.9 saat manakala kelajuan maksimumnya adalah 175 km/j.

Bagi varian Prime, jarak sejauh 345 km (WLTP) boleh dicapai dengan pek bateri berkapasiti 49.52 kWh manakala untuk varian Premium, jarak sejauh 410 km (WLTP) boleh dicapai dengan pek bateri berkapasiti 60.22 kWh.

“Kejayaan eMas 7 ini menunjukkan apa yang boleh dicapai ketika kami menggabungkan kepakaran EV global dengan kefahaman tempatan yang mendalam. Kami memperkenalkan kenderaan yang mencerminkan keperluan dan aspirasi pemandu di Malaysia yang praktikal, berprestasi tinggi dan mudah untuk kegunaan harian,” ujar CEO Pro-Net, Zhang Qiang.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD