Setiap kali musim perayaan tiba, perasaan nak balik kampung tu memang lain macam. Lagi seronok bila dapat travel dengan kereta yang selesa dan bergaya macam JAECOO J7 ni.
JAECOO J7 tampil dengan rupa yang rugged dan moden. Didatangi dengan front grill besar di bahagian hadapan, lampu depan LED berkonsepkan checkered flag. Semua elemen ni buat SUV ni nampak lebih bold dan premium atas jalan di samping memberi pengalaman pemanduan yang memuaskan.

Masuk sahaja ke bahagian dalam, ruang kabin yang luas untuk penumpang depan dan juga penumpang belakang. Dengan seat yang selesa dan screen infotainment besar bersaiz 14.8 inci serta panoramic sunroof depan sampai belakang pada bahagian dalam. Perjalanan jauh pun akan rasa selesa dan tidak penat. Sistem infotainment kereta ini pun turut dilengkapi dengan sambungan Wireless Apple Carplay dan Android Auto.

Ciri keselamatan menjadi keutamaan sewaktu pemanduan jauh. JAECOO J7 dilengkapi sistem ADAS, termasuk 540-Degree Panoramic Camera (AVM), Adaptive Cruise Control (ACC), Automatic Emergency Braking (AEB), Blind Spot Detection (BSD), Front Collision Warning (FCW) dan banyak lagi untuk pemanduan yang lebih selamat dan terkawal terutama sewaktu memandu jauh atau ketika lalu lintas sibuk.

Dikuasakan dengan enjin 1.6L turbo, SUV ni mampu menghasilkan 194 HP dan 290 Nm tork. Termasuk juga dengan 7 driving mod. Dengan 7-speed dual clutch transmission, performance dia cukup untuk memotong dan menaiki bukit.

Dan yang terkini, pembeli JAECOO J7 2WD akan diberikan dua pilihan pakej istimewa iaitu kadar faedah bermula 0.8% dan servis percuma selama 2 tahun tambahan lagi 2 tahun*. Dan untuk pembeli JAECOO J7 AWD akan diberikan pakej istimewa servis percuma selama 2 tahun*.
Bagi mereka yang sedang mencari kereta baru untuk musim perayaan, ini sememangnya waktu yang terbaik. Raya adalah masa untuk bersama orang tersayang, dan perjalanan itu sendiri adalah sebahagian daripada ceritanya. Dengan JAECOO J7, setiap detik di jalan raya menjadi lebih selesa, lebih bergaya, dan lebih bermakna.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Tempah JAECOO J7 hari ni dan nikmati tawaran istimewa ni sebelum 30 April! Kunjungi showroom terdekat untuk pandu uji dan rasa sendiri pengalaman bawa SUV hebat ni.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?