passionately driven

BMW Motorrad Perkenal BMW S 1000 RR Serba Baharu dan BMW F 900 GS Adventure Baharu di Malaysia

BMW Motorrad Perkenal BMW S 1000 RR Serba Baharu dan BMW F 900 GS Adventure Baharu di Malaysia

BMW Motorrad Malaysia telah melancarkan BMW S 1000 RR Serba Baharu dan BMW F 900 GS Adventure Baharu ke dalam pasaran Malaysia pada harga bermula RM139,500 (BMW S 1000 RR), RM159,500 (BMW S 1000 RR – Pakej M) dan RM95,500 (BMW F 900 GS Adventure). Kesemua harga ini telah termasuk waranti 3 tahun dan bantuan program tepi jalan 3 tahun, tanpa insurans.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel, berkata bahawa selepas memperkenalkan skuter bandar seperti BMW C 400 X dan C 400 GT, BMW kini melangkah ke dunia lumba dan pengembaraan lasak. S 1000 RR direka untuk penunggang yang menginginkan kelajuan dan kawalan di litar, manakala F 900 GS Adventure sesuai untuk mereka yang suka meneroka laluan sukar atau perjalanan jauh.

BMW S 1000 RR ialah motosikal sukan berprestasi tinggi yang diperbaharui daripada versi sebelumnya. Ia kini mempunyai tindak balas throttle lebih pantas, sayap kecil (winglets) untuk kestabilan, sistem penyejukan brek yang lebih baik dan rekaan yang lebih garang. Enjinnya berkapasiti 999 cc, menghasilkan 210 HP dan 113 Nm tork. Ia boleh memecut 0-100 km/j dalam 3.3 saat dan mencapai kelajuan lebih 300 km/j.

Ia dilengkapi pakej Race dan Dynamic secara standard, termasuk rantai M Endurance, ekzos sporty, sistem suspensi pintar, pemanas tangan, kawalan jelajah, pemantauan tekanan tayar, dan pelbagai mod tunggangan termasuk RACE PRO. Pakej M (pilihan tambahan) menambah roda karbon, tempat letak kaki khas, tempat duduk M, dan reka bentuk lebih eksklusif.

S 1000 RR ditawarkan dalam warna Blue Stone Metallic, dan jika digabungkan dengan Pakej M, ia hadir dalam warna Motorsport.

BMW F 900 GS Adventure pula direka untuk laluan sukar dan pengembaraan jarak jauh. Ia dilengkapi enjin 895 cc dengan kuasa 105 HP dan tork 93 Nm tork. Ia boleh memecut ke 100 km/j dalam 3.7 saat dan mencapai kelajuan melebihi 200 km/j.

Suspensinya boleh dilaras sepenuhnya mengikut keadaan jalan. Ia juga dilengkapi pelindung tangan, pemanas genggaman, pelindung enjin aluminium dan tuas gear boleh laras. Pakej Ride Pro menyediakan ciri tambahan seperti tapak tengah, rak bagasi, lampu LED, Shift Assistant Pro, sistem suspensi elektronik dan persediaan navigasi. Terdapat juga beberapa mod tunggangan termasuk Enduro dan Enduro Pro.

F 900 GS Adventure tampil dalam warna White-Aluminium Matt yang menyerlah, dengan logo GS baru, tempat duduk hitam-kelabu, dan penutup tangki berwarna putih aluminium.

Melalui pelan pembiayaan Straight Line dari BMW Group Financial Services Malaysia, bayaran bulanan untuk memiliki S 1000 RR bermula dari RM1,948, atau RM2,228 dengan Pakej M. Manakala untuk F 900 GS Adventure, bayaran bermula dari RM1,338 sebulan. Pembeli juga akan menikmati faedah tambahan seperti minyak enjin premium, servis dan lanjutan jaminan.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD